SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar jika kadar peratusan keluar mengundi secara rasminya di bawah 60 peratus. Antara punca utama peratusan keluar mengundi adalah kerana... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis politik meramalkan Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar jika kadar peratusan keluar mengundi secara rasminya di bawah 60 peratus.

Antara punca utama peratusan keluar mengundi adalah kerana kelesuan politik, kebimbangan terhadap penularan Covid-19, protes pengundi muda dan kaum Cina sudah muak terhadap situasi politik negara sekarang.

Kadar peratusan keluar mengundi yang rendah juga mungkin menyebabkan majoriti calon mewakili parti baharu seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta Bebas bukan hanya kalah teruk, malah besar kemungkinan akan hilang wang pertaruhan.

Untuk rekod pada PRN kali ini, Pejuang meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN), 16 calon bertanding atas tiket Bebas, enam calon Warisan, PBM (empat), masing-masing satu calon Putra dan PSM.

DR JENIRI

Penganalisis politik merangkap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, jika peratusan keluar mengundi pada PRN Johor kali ini adalah di bawah 60 peratus, maka ia adalah jumlah terendah berbanding dua PRN sebelum ini iaitu Melaka (65.85 peratus) dan Sarawak (60.67 peratus).

Beliau berkata, jika jumlah peratusan keluar mengundi pada PRN Johor bawah 60 peratus, maka ia akan memberikan kelebihan dan keuntungan kepada BN selaku parti memerintah kerana mempunyai penyokong akar umbi yang teramai.

"Jadi dalam kes PRN Johor, parti lebih dominan dan mempunyai penyokong tegar paling ramai ialah BN berbanding parti lain seperti Muda, Pejuang dan PBM yang ahlinya sedikit serta jentera partinya agak lemah.

"Apatah lagi Pakatan Harapan (PH) semakin berpecah apabila PKR bertanding dengan menggunakan logo sendiri dan ada banyak pertandingan membabitkan antara tiga hingga tujuh penjuru pada PRN kali ini," katanya kepada Sinar Premium.

Jeniri yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sarawak berkata demikian ketika mengulas gabungan parti politik mana bakal menang PRN Johor jika peratusan keluar mengundi bawah 65 peratus selepas tempoh pengundian tamat pada jam 6 petang, Sabtu.

Untuk rekod statistik dikeluarkan oleh SPR menunjukkan sehingga jam 4 petang tadi, hanya 50 peratus daripada 2.6 juta pengundi berdaftar keluar mengundi pada PRN Johor hari ini.

Klik di sini untuk terus membaca