SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi mimpi ngeri buat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) apabila kalah semua 42 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) ditandingi dengan majoriti calonnya hilang wang pertaruhan kerana gagal... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi mimpi ngeri buat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) apabila kalah semua 42 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) ditandingi dengan majoriti calonnya hilang wang pertaruhan kerana gagal memperoleh sekurang-kurang satu perlapan dari jumlah undi keseluruhan di kawasan terbabit .

Turut menerima nasib sama ialah Parti Warisan Sabah (Warisan) yang kalah semua enam kerusi ditandingi manakala Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan 16 calon Bebas yang kalah semua kerusi ditandingi mereka.

Malah, Pejuang yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berkempen dengan menyerang Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi juga terpaksa menelan pahit keputusan PRN Johor yang menyaksikan calon partinya paling ramai hilang wang deposit.

Antara kerusi DUN yang menyaksikan Pejuang hilang wang pertaruhan sehingga jam 12 tengah malam tadi ialah di Buloh Kasap (144 undi), Tenang (224 undi), Batu Kemelah (289 undi), Simpang Jeram (197 undi), Gambir (215 undi), Bukit Pasir (196 undi), Senggarang (162 undi), Rengit (202 undi) dan banyak lagi kerusi lain yang jumlah undiannya agak jauh ketinggalan berbanding BN, PH dan PN.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) dalam satu didang media khas parti itu selepas pada Sabtu.


Malah, beberapa kerusi menyaksikan undi calon mengatasi undi diperoleh Pejuang.

Bagaimanapun, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula bernasib baik dan menepati ramalan awal dibuat penganalisi politik apabila hanya menang satu kerusi menerusi calonnya, Amira Aisya Abd Aziz, di DUN Puteri Wangsa yang 'disedekahkan' oleh Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti dua pertiga dan menang selesa 40 daripada 56 kerusi dipertandingan pada PRN Johor kali ini.

Keputusan berkenaan juga menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) 3; manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.

Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 2,597,742 pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRN Johor dengan golongan berusia 21 hingga 29 tahun adalah kumpulan teramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor penggal ke-14 daripada Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat, pada 23 Januari lalu. Klik di sini untuk terus membaca