PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sudah pun melabuhkan tirainya Sabtu lalu dengan 1,426,573 daripada 2,597,742 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Dari segi peratusan, ini bermakna hanya 54.9 peratus pemilih turun... Klik di sini untuk terus membaca

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sudah pun melabuhkan tirainya Sabtu lalu dengan 1,426,573 daripada 2,597,742 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Dari segi peratusan, ini bermakna hanya 54.9 peratus pemilih turun mengundi. Berbanding tiga lagi PRN yang diadakan dalam tempoh dua tahun lalu, PRN Johor adalah yang paling rendah.

Persoalannya, ke mana perginya lebih sejuta pengundi di Johor?

Walaupun terdapat cakap-cakap kurang enak mengenai jumlah keluar mengundi rendah itu, yang pasti rakyat Johor telah bersuara.

Mereka memilih Barisan Nasional (BN) untuk berkuasa selama lima tahun lagi. BN menang bergaya apabila mendapat 40 kerusi, selepas kalah teruk pada PRU14.

Pakatan Harapan terpaksa berpuas hati dengan 11 kerusi, Perikatan Nasional (3) manakala PKR dan Muda masing-masing menang satu kerusi. Dalam ruangan ini, Sinar Harian menganalisis pelbagai fakta dan data menarik sepanjang PRN Johor ini.

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI PRN JOHOR

Mengundi - 1,426,573 atau 54.9%

Tidak mengundi - 1,171,169 atau 45.1%

Total - 2,597,742

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI DALAM PRN

PRN Sabah (26 September 2020) - 66.6%

PRN Melaka (20 November 2021) - 65.9%

PRN Sarawak (18 Disember 2021) - 60.7%

PRN Johor (12 Mac 2022) - 54.9%

Mengikut kiraan undi popular, daripada 1,426,573 pemilih yang mengundi, BN meraih 599,753 undi atau 43.11 peratus. Menariknya, ini bermakna peratusan undi blok pembangkang jika digabung mengatasi undi BN. Tetapi oleh sebab pembangkang bertanding secara berpecah-pecah, ia memberi kelebihan kepada BN.

UNDI POPULAR

BN - 599,753 undi (43.11%)

PN - 334,457 undi (24.04%)

PH - 284,969 undi (20.48%)

PKR - 82,556 undi (5.93%)

Muda - 48,072 undi (3.46%)

Pejuang - 18,692 undi (1.34%)

Bebas - 10,007 undi (0.72%)

Warisan - 6,523 undi (0.47%)

PBM - 4,880 undi (0.35%)

PSM - 997 undi (0.07%)

Putra - 247 undi (0.02%)

Keputusan Rasmi PRN Johor.

KEPUTUSAN KERUSI IKUT PARTI

BN - 40

PH - 11

PN - 3

PKR - 1

Muda - 1

PERATUSAN KEMENANGAN BERDASARKAN KERUSI BERTANDING

UMNO - 33/37 = 89%

MCA - 4/15 = 27%

MIC - 3/4 = 75%

DAP - 10/14 = 71%

Amanah - 1/16 = 6.3%

PKR - 1/20 = 5%

Muda - 1/7 = 14.3%

Bersatu - 2/33 = 6.1%

Pas - 1/15 = 6.7%

Gerakan - 0/8 = 0%

Pejuang - 0/42 = 0%

Warisan - 0/6 = 0%

PBM - 0/4 = 0%

Putra - 0/1= 0%

PSM - 0/1 = 0%

Bebas - 0/16 = 0%

MAJORITI PALING TINGGI

Majoriti tertinggi DAP

DUN Skudai, Marina Ibrahim - Majoriti 13,943 undi

Majoriti tertinggi BN

DUN Kukup, Datuk Jefridin Atan - Majoriti 8,201 undi

Majoriti tertinggi PN

DUN Endau, Alwiyah Talib - Majoriti 3,041 undi

MAJORITI PALING TIPIS

DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern (PKR) - Majoriti 137 undi

DUN Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN) - Majoriti 198 undi

MARINA

REKOD MARINA

Calon DAP, Marina Ibrahim mencatatkan rekod tersendiri dalam PRN Johor ini. Selain menjadi wakil rakyat dengan majoriti undi tertinggi, Marina yang baru pertama kali bertanding, menjadi satu-satunya calon Melayu DAP yang menang.

Lebih manis lagi, Marina juga menjadi calon dengan undi paling tinggi di kesemua DUN yang dipertandingkan. Marina memperoleh 26,359 undi atau 58.53 peratus.

UNDI PALING RENDAH

DUN Endau, Ismail Don (Bebas) - 77 undi

HASNI

DUA BEKAS MB TEPATI RAMALAN

Dua bekas MB iaitu Datuk Hasni Mohamad (BN) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal menepati ramalan untuk mempertahankan kerusi masing-masing iaitu DUN Benut dan DUN Bukit Kepong.

Dengan Hasni sudah menarik nafas lega kerana mendapat majoriti besar iaitu 5,859 undi, Sahruddin agak bergelut apabila cuma menang majoriti tipis 710 undi.

PRESTASI CALON MUDA

Prestasi calon muda kali ini baik dengan calon seperti Amira Aisya (Muda) yang berusia 27 tahun dan Marina Ibrahim (DAP) berumur 35 tahun masing-masing berjaya meraih undian tertinggi.

Dua calon paling muda berusia 26 tahu iaitu calon BN, Kelly Chye dan calon Pejuang, Muhammad Airel Zabridin tewas di kerusi mereka.

TOSRIN

CALON TERTUA

Calon tertua di PRN Johor, DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi (PN), yang juga bekas EXCO Johor, berusia 72 tahun juga tidak bernasib baik.

Dia yang meraih 5,108 undi tewas di tangan Datuk Mohd Jafni Shukor (BN) dengan 10,889 undi.

AMIRA AISYA

KUASA CALON WANITA

Calon wanita menunjukkan prestasi luar biasa apabila 15 daripada 37 calon wanita daripada pelbagai parti berjaya memikat hati pengundi dan memenangi kerusi DUN pada PRN Johor.

Ini bermakna Dewan Undangan Negeri Johor nanti akan menyaksikan 27 peratus perwakilan wanita, iaitu hanya kurang 3 peratus daripada sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam pentadbiran.

BN adalah parti yang meletakkan calon wanita paling ramai iaitu 14 calon dan sembilan daripadanya berjaya memperoleh majoriti undi.

15 calon wanita yang menang

Penawar: Fauziah Misri (BN)

Johor Lama: Noorliza Noh (BN)

Mahkota: Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN)Parit Raja: Nor Rashidah Ramli (BN)

Kemelah: Saraswathy Nallathanby (BN)

Serom: Khairin Nisa Ismail (BN)

Tenang: Haslinda Salleh (BN)

Sungai Balang: Zaiton Ismail (BN)

Pasir Raja: Rashidah Ismail (BN)

Penggaram: Gan Peck Cheng (DAP)

Skudai: Marina Ibrahim (DAP)

Johor Jaya: Liow Cai Tung (DAP)

Jementah: Ng Kor Sim (DAP)

Endau: Alwiyah Talib (PN)

Puteri Wangsa: Amira Aisya Abd Aziz (Muda)

Kesemua 42 calon Pejuang hilang wang deposit mereka dalam PRN Johor ke-15

HANGUS WANG DEPOSIT

Sebanyak 85 orang calon lebur wang deposit selepas gagal mencapai meraih satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira di kerusi ditandingi masing-masing.

Prestasi paling teruk adalah parti Pejuang apabila semua 42 calon mereka hilang wang deposit.

Klik di sini untuk terus membaca