DALAM Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, rakyat bagi mandat pada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah.
Masa itu PH satu gabungan kuat, ada PKR, Bersatu, Amanah, DAP dan disokong oleh Warisan di Sabah.
Hari ini gabungan itu tinggal nama. Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir bukan lagi Bersatu hari ini. Tun dah tubuhkan Pejuang. PKR dulu tunggak kekuatan PH. Hari ini PKR bukan parti yang menang PRU14.
PKR sudah jadi parti Anwar Ibrahim. PKR berlagak macam parti hebat. Apa yang Anwar mahu lagi?
Di Melaka PKR tak menang satu kerusi pun. Di Sarawak, dari 28 kawasan yang ditandingi, calon PKR hilang deposit di 22 tempat. Di Johor PKR dapat satu kerusi. Salah siapa? Pengundi di Melaka, Sarawak dan Johor?
Ada yang kata rakyat di Melaka, Sarawak dan Johor bukan tolak PKR tapi pemimpin tertinggi PKR.
Sekurang-kurangnya Tan Sri mantan Perdana Menteri terima tanggungjawab kekalahan Bersatu. Dia rela undur diri. Tapi Anwar? Dia nak bertahan juga di kerusinya.
Awang harap pembangkang fikirkan semula strategi mereka selepas Johor. Jangan ulang kesilapan Johor. Untuk tolak BN rakyat mesti ada pilihan yang baik. Makin banyak parti bertanding bukan makin meriah tapi merosakkan.
Mungkin PH juga kena fikirkan siapa pemimpin baharu mereka. Dalam PRU14, Tun Mahathir jadi kepalanya. Awang fikir Anwar bukan orangnya lagi untuk jadi kapten kapal pembangkang dalam PRU15.
Klik di sini untuk terus membaca