NAMPAKNYA UMNO menang pilihan raya tapi tak dapat calon Menteri Besar (MB) yang dikempenkannya semasa berkempen.
Awang yang tak pandai politik ini tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Macam-macam cerita yang Awang dengar.
Tapi apabila Awang baca posting orang kuat Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad semakin jelas pada Awang apa yang berlaku.
Apa nak dikata, dalam politik macam-macam boleh berlaku. Kita doakan sahaja Datuk Onn Hafiz Ghazi yang baru mengangkat sumpah sebagai MB Johor akan buat yang sebaiknya.
Beliau jadi MB ke-19 dan yang termuda dalam sejarah Johor.
Mungkin ini masanya kita nak tengok ‘sentuhan’ orang muda dalam pentadbiran negeri. Selama ini pun kita banyak bercakap pasal peluang untuk orang muda dalam politik.
Semua orang bercakap pasal suara orang muda, khususnya Undi18 dan parti Muda. Tapi orang muda tidak pernah diberi peluang ke hadapan.
Mungkin ini masa yang terbaik untuk Onn buktikan kemampuan orang muda.
Mudah-mudahan dalam sistem politik kita ada peluang bagi orang muda bukan sahaja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Dewan Rakyat tetapi juga sebagai Menteri Besar.
Mana tahu satu hari nanti kita akan dapat PM dalam kalangan orang muda!
Apa nak dikata, kita doakan sahaja agar MB baharu Johor yang bukan Hasni berkhidmat dengan cemerlang!
Klik di sini untuk terus membaca