SEBAHAGIAN besar ahli UMNO percaya bahawa kemenangan besar parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu menandakan rakyat kembali mengundi BN pada saat parti-parti pembangkang semakin tidak sehaluan.... Klik di sini untuk terus membaca

SEBAHAGIAN besar ahli UMNO percaya bahawa kemenangan besar parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu menandakan rakyat kembali mengundi BN pada saat parti-parti pembangkang semakin tidak sehaluan.

Meskipun sebilangan penganalisis politik dan pemimpin parti pembangkang beranggapan UMNO-BN sebenarnya ‘menang dalam kalah’ susulan hanya menerima undi popular berjumlah 43 peratus di samping menerima manfaat kadar peratusan keluar mengundi sangat rendah iaitu tidak sampai 55 peratus.

Hakikatnya, sistem demokrasi di negara ini tidak menggunakan sistem undi popular sebagaimana dipraktikkan di Amerika Syarikat dan Indonesia, sebaliknya menggunakan sistem first past the post.

Bahasa mudahnya, sistem first past the post turut bermaksud jumlah pengundi yang keluar mengundi pada setiap kerusi pilihan raya, jika mana-mana parti bertanding mendapat majoriti undi, maka menanglah parti itu walaupun dengan perbezaan satu undi.

Justeru, dengan kepercayaan sebegitu, keyakinan lebih 3.3 juta ahli UMNO untuk mendesak kerajaan mengadakan segera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sementara landskap politik semasa masih menyebelahi mereka, sememangnya amat difahami. Maka, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 bermula 16 hingga 19 Mac ini bakal menyaksikan gelombang dalaman parti menuntut PRU15 diadakan secepat mungkin, dijangka lebih kuat.

Namun begitu, selain desakan menyegerakan PRU15, pemerhati politik turut menjangkakan perwakilan sayap UMNO khususnya Wanita, Pemuda dan Puteri akan menuntut parti memberi ruang luas kepada setiap sayap mewakili parti bertanding.

"Formula tersebut dilihat berkesan apabila BN menampilkan 80 peratus calon baharu bagi PRN Melaka, lebih 70 peratus calon bawah 50 tahun bagi PRN Johor dengan BN juga menampilkan calon wanita paling ramai berbanding parti-parti lain.

"Jadi, isu kuota calon juga bakal menjadi tumpuan PAU 2021,” kata Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi kepada Sinar Premium.

Selain itu, tanda tanya sama ada isu penolakan calon Menteri Besar Johor tunggal daripada UMNO-BN, Datuk Seri Hasni Mohammad oleh institusi istana bagi digantikan oleh calon lebih muda turut dijangka memberi mood berbeza kepada perwakilan Pemuda dan Puteri pada PAU 2021.

Meskipun Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akhirnya memutuskan ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, 43, dipilih sebagai Menteri Besar baharu, keputusan itu tidak dinafikan akan memberi sedikit kesan psikologi kepada ahli-ahli parti.

"Pelantikan Menteri Besar Johor baharu lebih muda akan dijadikan batu loncatan oleh sayap Pemuda dan Puteri dalam membawa gelombang lebih besar dalam aspek peranan mereka, bukan sahaja dalam aspek menuntut kuota pencalonan tambahan, bahkan kedudukan penting dalam kerajaan selepas PRU15,” ulas Anis Anwar.

DRASTIK

Bagaimanapun, dalam membicarakan soal masa hadapan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas, UMNO dijangka tidak akan melakukan sesuatu drastik untuk menguburkan persefahaman politik yang dicapai sebelum terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada saat banyak pihak meramalkan UMNO bakal menoktahkan kerjasama MN dengan Pas pada PAU 2021, hubungan UMNO-Pas sebaliknya diunjurkan tidak akan banyak berubah kerana UMNO tidak mahu dianggap sebagai parti menjadi punca keretakan perpaduan ummah.

"Lebih daripada itu, dinamik politik dan kekuatan UMNO bagi setiap negeri adalah berbeza berbanding dengan di peringkat pusat. Contoh di Selangor, UMNO dan Pas saling memerlukan untuk memecahkan dominasi Pakatan Harapan (PH) di Selangor yang telah menguasai 90 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak PRU12 tahun 2008.

"Boleh dijangka setiap negeri akan diberi ruang atau kuasa autonomi oleh pucuk kepimpinan UMNO untuk menentukan kerjasama politik dengan Pas di peringkat perhubungan negeri masing-masing,” jelas Anis Anwar.

Di sebalik spekulasi bertiup kencang UMNO bakal menguburkan kerjasama MN dengan Pas pada PAU 2021, seorang penganalisis politik berpendapat parti itu masih bersikap matang dengan

Menyentuh reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap implikasi usul tuntutan PRU15 sekiranya dibangkitkan perwakilan perbahasan kelak, Naib Presiden UMNO itu berkemungkinan tidak akan begitu mudah menolak atau menerima tuntutan berkenaan.

Beliau sebaliknya akan membuat penelitian terlebih dahulu berasaskan corak pengundi PRU.

"Bagi saya, pola pengundi rakyat pada PRU adalah satu perkara yang berbeza kerana bidang kuasa kerajaan persekutuan adalah lebih luas dan lebih banyak memberi kesan terhadap kehidupan rakyat. Maka, perbezaan corak undi khususnya kadar peratusan turun mengundi akan berbeza dan mungkin lebih tinggi,” kata Anis Anwar.

IMPLIKASI

Menyentuh reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap implikasi usul tuntutan PRU15 sekiranya dibangkitkan perwakilan perbahasan kelak, Naib Presiden UMNO itu berkemungkinan tidak akan begitu mudah menolak atau menerima tuntutan berkenaan.

Beliau sebaliknya akan membuat penelitian terlebih dahulu berasaskan corak pengundi PRU.

"Hal ini berikutan corak pengundi PRU adalah berbeza dengan pilihan raya kecil (PRK) dan PRN dengan kedua-dua pilihan raya itu tidak akan memberi kesan besar kepada negara. Ia tidak mampu mengubah kerajaan di peringkat Pusat.

"Bagi saya, pola pengundi rakyat pada PRU adalah satu perkara yang berbeza kerana bidang kuasa kerajaan persekutuan adalah lebih luas dan lebih banyak memberi kesan terhadap kehidupan rakyat. Maka, perbezaan corak undi khususnya kadar peratusan turun mengundi akan berbeza dan mungkin lebih tinggi," kata Anis Anwar lagi.

Berikutan itu, Ismail Sabri atau lebih popular dikenali 'Pak Long' pastinya mahu memastikan terlebih dahulu sejauh mana kecenderungan rakyat untuk turun mengundi pada PRU15, adakah kukuh kedudukan UMNO-BN ketika itu serta potensi kebolehmenangan mereka.

Tidak dinafikan, momentum kemenangan besar dua PRN berturut-turut menyebabkan Ismail Sabri berada dalam kedudukan terhimpit walaupun kuasa memohon pembubaran Parlimen terletak pada bidang kuasa beliau selaku Perdana Menteri.

"Ismail Sabri menyedari dalam struktur UMNO, beliau masih perlu akur dengan kehendak Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan setiap ketetapan parti melalui PAU atau Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Selama mana beliau mampu bertahan dipengaruhi oleh kemampuan beliau untuk berunding dengan pucuk pimpinan parti UMNO dan meneruskan kerjasama memorandum persefahaman (MoU) gencatan senjata bersama pembangkang.

"Bagaimanapun, saya yakin Perdana Menteri masih mempunyai ruang untuk mempertahankan pentadbirannya sehingga habis penggal pentadbiran sekiranya beliau mampu meyakinkan UMNO bahawa kerajaan dipimpinnya bakal menerima sokongan padu rakyat, sekali gus menjanjikan kemenangan yang lebih besar pada penggal seterusnya," luah Anis Anwar lagi dengan tegas.

Klik di sini untuk terus membaca