EVOLUSI teknologi pengkomputeran terus menunjukkan keajaiban pada tahun 2022. Kali ini, penciptaan Artificial Intellegent Supercomputer atau superkomputer kecerdasan buatan (AIS) menjadi pertaruhan terbaharu. Ia dijangka mengubah struktur... Klik di sini untuk terus membaca

EVOLUSI teknologi pengkomputeran terus menunjukkan keajaiban pada tahun 2022. Kali ini, penciptaan Artificial Intellegent Supercomputer atau superkomputer kecerdasan buatan (AIS) menjadi pertaruhan terbaharu. Ia dijangka mengubah struktur kehidupan manusia. Sekali lagi Meta Inc (dahulunya Facebook) berperanan menjadi peneraju teknologi AI Supercomputer.

Penulis tertanya-tanya apakah sebenarnya AIS? Secara mudah, ia membolehkan editor atau subeditor mengedit berita, mengubah reka bentuk halaman dan meletakkan gambar atau grafik menerusi komputer riba. Ia sesuatu yang agak mustahil tahun lalu. Secara tidak langsung membolehkan editor atau subeditor membuat halaman reka bentuk berita online di mana-mana sahaja, termasuk di rumah.

Minggu lalu, wartawan jurutera tersohor embedded.com, Nitin Dahad melapor pusat penyelidikan superkluster atau Research Supercluster (RSC) Meta berjaya melengkapkan binaan RSC Fasa 2 daripada 6,080 Graphics Processing Unit (GPU) kepada 16,000 GPU ini. Ia akan meningkatkan prestasi latihan AI sebanyak 2.5 kali ganda atau hampir 5 exaflops pengiraan ketepatan bercampur. Ia jauh meninggalkan teknologi Fugaku Jepun dengan markah penanda aras High-Performance Linpack (HPL) sebanyak 442 petaflops.

Secara mudah RSC bermaksud kombinasi teknologi metaverse dan AI dengan kapasiti 16,000 GPU, data latihan 16 Terabyte sesaat (TB/s) dan kemampuan menyimpan data secara pukal sebanyak 175 Petabytes (PBP). Kejayaan terbaharu Meta ini mewujudkan satu persoalan besar kepada penulis. Kenapa jurutera pengkomputeran di Malaysia tidak menghadiahkan teknologi seumpama ini untuk diwarisi dunia?

Senario ini mengingatkan penulis kepada Micheal Dell. Penulis sama menuntut satu universiti dengan Dell di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1984-1985. Dell sering ponteng kelas dan akhirnya dibuang universiti. Penulis pernah menghabiskan masa dengan Dell, malah pernah sama-sama melakukan penyelidikan bersama Dell. Kini syarikat beliau, Dell Technologies Inc menjadi antara peneraju projek pembangunan superkomputer.

MANFAATKAN AI

Sebenarnya, ALLAH SWT telah memberi peringatan tentang perkara ini dalam Surah al-Mu’minuun [23:12-14] bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) tanah; Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim); Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging; Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci ALLAH, Pencipta Yang Paling Baik.”

Dalam kehidupan seharian, penulis sering bertemu pegawai tadbir atau pembuat dasar yang sering bertanya adakah AI boleh menambah baik sesuatu perkara? Jurutera komputer boleh memanfaatkan pelbagai bentuk ‘pembelajaran mesin’ (machine learning) termasuk ‘pembelajaran terselia’ (supervised learning). Pembelajaran tetulang (reinforcement learning) membolehkan interaksi dengan persekitaran. Pembelajaran tetulang membolehkan AI menjadi pakar mengenal pasti sesuatu isu semasa, sekali gus menghasilkan penyelesaian.

Secara keseluruhan, reka bentuk AIS bukan bidang ilmu yang mudah. Ia perlukan pelbagai faktor atau aspek yang sangat kompleks daripada sifat mesin dan manusia. Bagaimanakah emosi manusia boleh dikawal ketika berinteraksi dengan mesin. Jurutera AI berjaya mengembang senario ini untuk membimbing pemacu dan tingkah laku manusia sebagai ‘kebijaksanaan tambahan’ (extra wisdom).

Meskipun AIS tidak mempunyai perasaan sedar seperti manusia tetapi ia direka bentuk dan mempunyai kod persis kepada sifat ‘takut’ atau ‘marah’. Sifat dan contoh pembelajaran pengukuhan termasuk unsur penerokaan rasa ingin tahu dalam pengkajian menyebabkan pelaksanaan AIS menjadi mesra terhadap ciptaan sistem ‘interaksi mesin manusia’ atau human machine interaction (HMI).

Kesimpulannya, AIS menyebabkan kehidupan manusia lebih tersusun pada era endemik, sekali gus membolehkan sesuatu pekerjaan disudahkan dengan sempurna.

Penulis berharap kejayaan Meta akan menyebabkan realiti kehidupan digital menerusi alam maya direvolusikan secara tersusun dan berhemah.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Klik di sini untuk terus membaca