SHAH ALAM - Kebenaran pengeluaran sehingga RM10,000 memberi nafas baharu kepada pekerja yang terjejas akibat pandemik Covid-19 apabila dapat digunakan untuk melunaskan hutang.
Seorang pekerja kilang, yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an yang dibuang kerja sebelum ini terpaksa meminjam wang daripada peminjam wang tidak berlesen ah long sebanyak RM3,000 bagi menampung keperluan keluarga.
Amri berkata, kebenaran pengeluaran sehingga RM10,000 akan digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang tersebut selepas pandemik Covid-19 melanda negara, gajinya terpaksa dipotong menyebabkan perbelanjaan keluarga tidak mencukupi.
"Saya memang agak risau pada awalnya. Tapi mahu buat macam mana. Sudah terdesak. Jadi saya memang terpaksa untuk pinjam kepada ah long juga. Kalau tidak boleh mati kelaparan kalau begini.
"Pada awalnya memang saya yakin mampu untuk bayar selepas pandemik selesai sebab kilang janjikan untuk bayar gaji penuh semula. Tetapi keadaan makin kronik dan sukar untuk dijangka bila akan pulih.
"Mujur Ah long yang saya pinjam boleh dikatakan antara yang boleh bertolak ansur. Sebab dia boleh anjakkan bayaran saya. Kalau tidak, saya tidak tahu apa akan berlaku terhadap diri saya,” beritahunya.
Menyesal akan perbuatan tersebut, Amri tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan akan mencari jalan yang lebih baik untuk berhutang.
"Saya tidak akan berhutang lagi dengan ah long. Saya akan pinjam dekat orang yang saya lebih kenal jika diperlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah membenarkan KWSP dikeluarkan,” ujarnya.
Sementara itu, pekerja swasta, Muhammad Hafizi Ibrahim, 28 tahun turut meluahkan rasa syukur apabila KWSP dapat dikeluarkan bermula bulan April ini.
Muhammad Hafizi berkata, RM10,000 tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan segala hutang yang tertunggak apabila tidak dapat membayarnya disebabkan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.
Klik di sini untuk terus membaca