KAMI mahu PRU segera!’ Tentulah perwakilan UMNO ke perhimpunan agung kali ini berasa lebih bersemangat berbanding tahun-tahun selepas 2018. Maklumlah UMNO telah menawan dua buah negeri di semenanjung dalam dua pilihan raya negeri (PRN), Melaka dan Johor.
Presiden parti, Tuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun bukan main bersemangat ucapannya dasarnya. Awang setuju sangat ingatan beliau agar parti jangan leka dan angkuh dengan kemenangan itu.
Pilihan raya umum (PRU) akan datang amat penting bagi menentukan mandat rakyat kepada UMNO dan BN.
Jika kita dengar suara daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri nampaknya tuntutan untuk isytihar pembubaran Parlimen lantang sekali. Lagipun yang boleh membuat keputusan itu ialah Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri. Semuanya tertakluk pada beliau, tentunya dengan perkenan Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kalau ikut didarab dan congak, Awang rasa UMNO dan BN memang boleh menang besar. Bukanlah disebabkan rakyat mahukan mereka kembali berkuasa, tapi mereka tidak ada pilihan lain.
Rakyat lihat pembangkang kucar kacir. Tidak ada orang yang boleh gembleng kekuatan pembangkang macam Tun Mahathir buat sewaktu PRU14.
Awang nak ingatkan perwakilan UMNO, jangan lupa perjuangkan kepentingan rakyat di bawah sana. Rakyat masih menderita akibat pandemik dan banjir.
Mana yang patut disuarakan untuk bantu mereka suarakanlah, elok juga dengan pantun dan gurindam kalau ada.
Klik di sini untuk terus membaca