AWANG memang menghormati Rafizi Ramli, mantan Ahli Parlimen Pandan. Awang puji beliau kerana berani, berintegriti dan berwibawa. Di Parlimen beliau bercakap menggunakan fakta yang dibentangkan dengan cara tertib dan teratur. Memang beliau... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang menghormati Rafizi Ramli, mantan Ahli Parlimen Pandan. Awang puji beliau kerana berani, berintegriti dan berwibawa.

Di Parlimen beliau bercakap menggunakan fakta yang dibentangkan dengan cara tertib dan teratur. Memang beliau salah seorang pemimpin muda yang berpotensi besar dalam PKR, malah dalam politik negara.

Rafizi menjadi salah satu tunggak kekuatan PKR semasa ketiadaan Tuk Seri Anwar. Tapi Anwar sendiri yang menyebabkan ahli PKR rasa tak senang.

Anwar mempromosi Rafizi secara terang-terang dalam pertandingannya melawan Tuk Seri Azmin. Kita tahu akibatnya, kumpulan Azmin keluar daripada PKR.

Awang percaya adalah menjadi buah mulut dalam kalangan ahli parti bahawa PKR perlukan orang baharu untuk memimpin mereka.

Dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sendiri, banyak yang secara terbuka mengatakan Tuk Seri Anwar bukan orangnya lagi untuk ditampilkan ke hadapan dalam PRU15.

Awang faham sangat bagaimana cakap-cakap seperti itu tersebar.

Rakyat mahu melihat pilihan yang kuat dan boleh dipercayai. Bukan semua rakyat mahukan UMNO dan BN.

Tidak beranilah Awang nak menduga kalau-kalau Rafizi berani melawan taukenya. Tapi Awang rasa seeloknya tidak usahlah berlaku pertandingan pada peringkat itu. Mungkin Tuk Seri Anwar boleh dilantik Penasihat Agung PKR atau sebagainya dan masih memainkan peranan dalam parti.

Awang percaya ahli-ahli PKR akan fikirkan masak-masak hala tuju PKR selepas ini.

Wallahualam.

Klik di sini untuk terus membaca