SHAH ALAM - Cadangan supaya kerajaan menyekat aplikasi LGBT daripada diakses di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Indonesia harus diambil serius jika ia memberi manfaat dan dapat mencegah keburukan. Timbalan Menteri Perpaduan Negara,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan supaya kerajaan menyekat aplikasi LGBT daripada diakses di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Indonesia harus diambil serius jika ia memberi manfaat dan dapat mencegah keburukan.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, usaha tersebut perlu diserahkan kepada bidang kuasa yang sesuai bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan teratur.

"Jika ada kemaslahatan yang boleh dicapai atau keburukan yang boleh dicegah, maka ia harus diambil serius.

"Kita tidak mahu knee-jerk reaction. Sebarang penyelesaian harus dirunding dengan pakar.

"Kita tidak mahu pengguna terus ke platform yang tidak bertauliah kerana ada risiko terdedah kepada risiko keselamatan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 9 Mac, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Yayasan Ihtimam Malaysia menubuhkan aplikasi Hijrah Diri bagi memantau golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah masing-masing.

Pada Khamis, aplikasi berkenaan telah digantung akibat maklum balas negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa ia merupakan satu bentuk conversion therapy (terapi penukaran).

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pemaju aplikasi Hijrah Diri juga mungkin perlu pertimbangkan untuk meletakkan sesetengah kandungan di laman web buat sementara waktu.

"Apa-apa pun, komuniti pemaju aplikasi dan penggerak dakwah wajar duduk semeja untuk bincangkan penyelesaian secara baik.

"Tapi kita memang ada platform alternatif oleh pihak ketiga seperti Amazon Appstore, APKPure, Huawei atau Samsung Galaxy App, selagi mana aplikasi itu tidak bergantung kepada Google Play.

"Apa-apa pun, komuniti pemaju aplikasi dan penggerak dakwah wajar duduk semeja untuk bincangkan penyelesaian secara baik,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar lebih ramai pemaju aplikasi dan penggerak dakwah dapat menghasilkan platform yang membantu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT dan ajaran Islam sebenar.

"Saya alu-alukan sebarang muzakarah antara pemegang-pemegang taruh agar kita dapat tikan kegiatan dakwah dapat dibuat dengan lebih meluas dan berkesan,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca