SHAH ALAM - Pemenang Peraduan Langgan Portal Berita Sinar Premium minggu kelapan, Yeong Sau Ping, 60, bercadang mendermakan wang tunai bernilai RM2,500 dimenanginya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu golongan memerlukan.
Sau Ping yang bekerja sebagai penulis surat dan akan bersara tahun depan tidak menyangka akan dipilih sebagai pemenang kerana baru melanggan portal Sinar Premium lebih sebulan lalu.
"Ini pertama kali saya memenangi hadiah cabutan bertuah seumur hidup. Oleh itu, saya bercadang menghulurkan hadiah RM2,500 berkenaan kepada JKM untuk disalurkan kepada mereka lebih memerlukan.
"Kehidupan saya sekarang 'ok' sahaja, saya percaya di luar sana masih ramai golongan lebih memerlukan wang berkenaan. Ini juga tanggungjawab saya kepada masyarakat," katanya.
Sau Ping berkata, beliau memilih untuk melanggan Sinar Premium kerana portal berkenaan banyak memaparkan berita menarik dan eksklusif, selain seiring dengan perkembangan semasa.
"Berita di Sinar Premium sangat menarik dan tiada di portal lain. Sebab itu saya melanggannya," katanya.
Beliau turut menyarankan semua golongan untuk melanggan bagi menambah ilmu pengetahuan melalui laporan yang kritis dan pelbagai di Sinar Premium.
Klik di sini untuk terus membaca