SHAH ALAM – Perakam papan pemuka kenderaan atau dashcam yang dijual di kedai aksesori boleh diperoleh pada harga antara RM200 sehingga RM600 seunit.
Tinjauan Sinar Harian mendapati harga yang ditawarkan bergantung kepada jenama dan spesifikasi aksesori tersebut seperti resolusi video, saiz skrin dan kapasiti kad memori.
Seorang penjual, Faizal Abdul Hamid, 44, berkata, sebanyak 400 unit telah dijual pada tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat tahun ini kerana peralatan itu semakin mendapat permintaan.
"Setakat awal Mac ini, saya sudah pasang hampir 100 unit untuk pelbagai jenis kenderaan,” katanya.
Menurut seorang pemilik kedai akesori kereta yang mahu dikenali sebagai Wong, 50, kebanyakan pelanggan memilih untuk memasang alat itu yang disambung kepada sistem multimedia.
"Kalau ada dashcam mereka rasa lebih selamat dan nasib mereka mungkin terbela kerana rakaman itu boleh dijadikan bukti,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca