SHAH ALAM – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Sembilan melihat kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada orang ramai telah memberikan suatu dilema kepada kerajaan.
Yang Dipertuanya, Amirhamzah Karim berkata, ini kerana pada masa akan datang, mereka yang mengeluarkan caruman ini akan menghadapi masalah selepas bersara.
"Pengeluaran Akaun 1 ini bagaimana pula? Adakah patut dibenarkan atau tidak. Itulah menjadi dilema sebenarnya di pihak kerajaan sama ada perlu atau tidak keluarkan (wang menerusi) Akaun 1 ini.
"Kerana pada masa akan datang, mereka akan menghadapi permasalahan selepas persaraan,” katanya pada program Wacana Sinar Edisi ke-331 bertajuk ‘KWSP: Gembira Hari Ini, Sengkek Kemudian’ yang bersiaran di semua platform Sinar Harian, pada Selasa.
Program ini turut menampilkan Pakar Ekonomi dari University College i CATS, Kuching, Sarawak, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor dan Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma sebagai panel manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Kerajaan pada minggu lalu dilapor bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Bagaimanapun katanya, pengeluaran khas situ adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Amirhamzah dalam pada itu turut menyatakan sokongannya bahawa pengeluaran KWSP pada ini adalah perlu pada masa ini.
"Persoalannya sekarang bantuan banjir yang diumumkan pada bulan Januari sudahkah sampai kepada mereka yang patut mereka menerimanya?
"Persoalan-persoalan ini menghimpit rakyat di mana lagi mereka perlu mendapat tabungan kalau mereka dahulu telah dikurung dan telah menggunakan simpanan mereka. Di mana lagi tabungan yang mereka ada,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca