TERLEBIH dahulu Awang nak ucapkan tahniah kepada Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Besar sekali tanggungjawab itu.
Maklumlah, rakyat sekarang menuntut Jakim untuk menilai semula tata kerja dan pendekatannya ekoran banyak sekali teguran ke atasnya. Keputusan terbaru Majlis Raja-Raja Melayu juga menunjukkan bahawa baginda-baginda Tuanku mahukan hala tuju Jakim yang baharu, sesuai dengan keperluan masa ini.
Pada pendapat Awang, banyak sangat tugas Tuk Hakimah pada masa ini. Tak payahlah masuk campur kontroversi membabitkan drama Perempuan Itu. Awang percaya sudah ada kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang ambil kisah. Biarlah Tuk Hakimah beri perhatian lebih banyak pada masalah dalaman Jakim.
Awang tak hairan apabila ada pihak yang mahukan Jakim sediakan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam.
Awang rasa hal ini akan tambah membebankan karyawan kreatif kita.
Sudahlah terdapat macam-macam panduan dan peraturan K-KOMM, KDN dan SKMM serta Lembaga Penapis Filem (LPF), nak tambah lagi peraturan dan garis panduan baharu.
Apa yang berlaku pada Perempuan Itu tidak sepatutnya berlaku. Awang kesal penerbitnya cuba push the envelope kata orang putih. Kesannya semua yang tidak terlibat turut terpalit. Industri kreatif negara masa ini sudah cukup menderita, tak usahlah ditambah derita lagi.
Klik di sini untuk terus membaca