AWANG hargai sangat titah baginda Sultan Perak, Tuanku Nazrin sewaktu melancarkan buku Pilihanraya Demokrasi Malaysia. Titah baginda, keputusan memilih kerajaan merupakan urusan yang serius. Nasib rakyat dan negara bergantung pada mereka... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG hargai sangat titah baginda Sultan Perak, Tuanku Nazrin sewaktu melancarkan buku Pilihanraya Demokrasi Malaysia. Titah baginda, keputusan memilih kerajaan merupakan urusan yang serius.

Nasib rakyat dan negara bergantung pada mereka yang diberikan kuasa untuk mengundi.

Titah baginda lagi rakyat harus mengundi dengan pemikiran yang rasional serta berpandukan fakta dan bukan ikut sentimen dan emosi.

Bijaksana sekali nasihat ini. Awang harap setiap pengundi akan jadikan ia sebagai panduan apabila memilih.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengundi kita selalunya patuh pada parti dan memilih sesiapa sahaja yang dimahukan oleh parti. Tak kiralah jikalau orang itu tidak berakhlak, salah guna kuasa atau korup.

Tuanku juga ada nasihat untuk anak-anak muda. Titah baginda anak-anak muda harus dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang secukupnya. Mereka harus mampu memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat dan membina. Mereka juga patut faham sistem kerajaan, sistem pentadbiran, proses pembentukan kerajaan dan kualiti pemimpin yang baik.

Tuanku juga mahukan anak muda dibimbing untuk punya jati diri dan nilai-nilai moral yang betul, tolak rasuah dan punya kematangan untuk menilai yang makruf dan yang mungkar.

Tuanku juga ingatkan mereka perlu bezakan di antara fakta dan fitnah, serta kaca dengan permata.

Bernas tetapi halus sungguh ingatan Tuanku Nazrin!

Klik di sini untuk terus membaca