SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu memperbetulkan semula kelemahan yang ada dalam usaha memastikan parti itu terus mendapat sokongan daripada rakyat. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, BN perlu melalui... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu memperbetulkan semula kelemahan yang ada dalam usaha memastikan parti itu terus mendapat sokongan daripada rakyat.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, BN perlu melalui proses perekayasaan untuk memulihkan sokongan dalam konteks zaman yang sudah berbeza berbanding dahulu.

"Sebagai sebuah parti, kita tahu dalam sitem demokrasi ia tidak wujud secara statik. Ia akan berubah dari segi kedinamikan yang berlaku termasuk juga dalam konteks BN dan UMNO ini.

"Sudah tentu mereka (BN dan UMNO) perlu melakukan proses perekayasaan untuk membetulkan semula kelemahan yang ada.

"Sebab itu, saya kata kita jangan hidup dalam keadaan penafian dan merasakan kita ini sebuah parti yang sempurna," katanya dalam Program Bersama Johan Jaaffar yang disiar secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Klik di sini untuk terus membaca