PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang perlu bertindak sekarang dalam menentang dan menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang perlu bertindak sekarang dalam menentang dan menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Johor dan Melaka telah memberikan isyarat yang sangat jelas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, iaitu pembangkang perlu bersatu hati jika ingin melawan BN.

Justeru katanya, PH dan pembangkang perlu mengusahakan ‘sesuatu’ kerana pengakhiran PRU15 akan menjadi tiada makna jika mereka masih tidak bersatu.

"Saya percaya baik PH mahupun yang lain, mereka faham isyarat rakyat yang mahukan penyatuan. Di satu sisi mereka mahukan UMNO dan BN walaupun mereka tahu penglibatan mereka dengan kes mahkamah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

"Tapi di satu sisi lain, mereka melihat tiada satu pun usaha yang dilakukan untuk memulakan, sekali gus semudah pertemuan dululah (penyatuan pembangkang menentang BN).

"Kita tidak perlu tunggu satu hasil yang konkrit atau pakatan baharu. Mesti ada caranya untuk kita olah isyarat rakyat ini,” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian di Ibu Pejabat PKR di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pembangkang perlu bingkas dan memulakan ‘sesuatu’ kerana pengakhiran PRU15 itu boleh ditelah jika masing-masing mengambil pendirian untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa.

Jelasnya, salah satu faktor yang memenangkan UMNO dan BN dalam PRN Johor dan Melaka adalah pertandingan banyak penjuru yang memberikan kelebihan kepada UMNO yang mempunyai akar umbi yang kuat dan setia.

Sedangkan katanya, BN tiada kelebihan daripada segi peningkatan undi tetapi akibat daripada pertandingan banyak penjuru, khususnya melibatkan BN, PH dan Perikatan Nasional (PN).

"Dalam PH, tonggak Melayu ialah Parti Amanah Negara (Amanah). PKR terasnya Melayu tetapi berbilang kaum, DAP pula terasnya Cina tapi berbilang bangsa, yang mana sukar untuk menggamit undi Melayu.

"Tapi, di kawasan Melayu bila berdepan dengan Bersatu dan Pas dari PN, kita tak terlawan. Jadi, mana-mana orang Melayu yang menolak UMNO akan pergi kepada PN. Apabila kita analisa balik, ternyata itu memberikan kelebihan kepada BN.

"Tetapi, sesuatu yang kita pelajari daripada situ adalah melangkah menuju ke PRU15, kita ada pilihan. Kalau kita kekal dengan status quo sekarang, maka Melaka dan Johor memberikan bukti yang jelas,” jelas beliau.

Saifuddin
Klik di sini untuk terus membaca