MAKIN panaslah cerita syarikat dan orang-orang tertentu yang dapat macam-macam habuan duit 1MDB. Ekoran kes mahkamah di New York, makin banyaklah nama-nama individu dan syarikat yang dapat duit 1MDB.
Seorang akauntan forensik yang menjadi saksi kes perbicaraan mantan pegawai bank Goldman Sachs bagi tahu senarai yang sangat menarik. Ada juga duit yang masuk akaun ibu mertua individu tertentu. Ada yang masuk akaun off-shore syarikat dan individu yang rapat dengan Bossku.
Teringat Awang macam cerita filem P Ramlee. Duit curian difaraid sesama sendiri. Macam watak-watak dalam filem P Ramlee jugalah, "satu untuk kau, satu untuk aku”. Macam-macamlah duit itu digunakan kemudiannya, termasuk buat filem Hollywood.
Awang bukan pandai sangat hal duit yang mencurah-curah dan ke mana dicurahkan. Awang hati-hati juga nak terima semua cerita daripada Tim Leissner dan sekarang daripada orang yang menjadi saksi kes Roger Ng Chong Hwa. Mungkin mereka semua ada niat tak baik. Mereka nak palitkan sebanyak mungkin nama orang lain.
Tak lama dulu nama suami mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Astro disebut oleh Leissner.
Tentulah pihak berwajib di Malaysia buka mata apa yang berlaku. Fakta mahkamah bukan berita angin atau cerita khayalan. Mereka bersumpah berkata benar. Maka itu setiap kenyataan mereka kenalah disiasat oleh pihak kita juga.
Ini soal duit rakyat, duit kita semua, duit negara!
Klik di sini untuk terus membaca