ERA Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah berakhir. Alhamdulillah, semasa Bossku Tuk Seri Najib mula-mula jadi Perdana Menteri (PM), beliau hapuskan ISA. Selepas itu Parlimen luluskan pula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Dalam Subseksyen 4(5) ada disebutkan pasal tahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan.
Awang bukanlah jenis yang taksub sangat dengan peraturan yang kekang kebebasan rakyat. Awang percaya kita ada banyak akta dan peraturan untuk jaga keselamatan negara. Awang tak percaya Sosma boleh selesaikan semua masalah.
Memang banyak orang yang masih dipenjara oleh fahaman lama. Tahan, tangkap, kurung, tak perlu perbicaraan pun tak apa. Mungkin zaman itu dah berakhir. Sekarang orang utamakan hak asasi.
Bukanlah Awang sokong hak asasi melulu. Tapi akta dan undang-undang kita perlu lindungi hak asasi kita semua.
Awang ambil yang positif. Kegagalan luluskan usul lanjutan Subseksyen 4(5) oleh sebab tak cukup sokongan sebetulnya bukti kematangan ahli Parlimen kita.
Itu bukan kegagalan kerajaan. Atau kerajaan tidak lagi dihormati. Maksudnya penyokong kerajaan pun mungkin ada yang menolak usul itu, tapi mereka tak berani suarakan secara terbuka, lalu menghilangkan diri semasa undian.
Awang harap ahli Parlimen kita berani membuat keputusan yang tak semestinya ikut arahan parti.
Buatlah keputusan berdasarkan kebaikan bersama. Sikap ini jarang kita jumpa dalam kalangan ahli Parlimen kita.
Klik di sini untuk terus membaca