SHAH ALAM - Sektor pelancongan dan perniagaan di negara ini dijangka mendapat manfaat susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura dan Thailand. Pakar ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sektor pelancongan dan perniagaan di negara ini dijangka mendapat manfaat susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura dan Thailand.

Pakar ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pembukaan sempadan itu akan menyaksikan lebih ramai pelancong datang ke negara ini sekali gus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

"Pada tahun 2019 iaitu sebelum Covid-19 melanda negara, pelancong yang berbelanja di negara ini berjumlah RM182.1 bilion. Ia menunjukkan sumbangan yang cukup tinggi dalam sektor pelancongan kepada ekonomi negara dengan 26.1 juta pelancong datang ke Malaysia.

"Tetapi, pada tahun 2020, perbelanjaan pelancong mencatatkan kejatuhan 71.2 peratus dengan hanya RM52.4 bilion sahaja dibelanjakan di negara ini. Jadi, dengan pembukaan semula sempadan ini juga, ia sedikit sebanyak akan memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan juga menyumbang kepada pendapatan peniaga tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut melihat lebih ramai pelancong yang akan datang ke negara ini selepas pintu sempadan turut dibuka kepada pelancong daripada negara lain pada 1 April ini.

"Dengan pembukaan sempadan selain janji kerajaan iaitu kemasukan pelancong ke negara ini tidak rumit, cekap dan selamat, sudah tentu ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang.

"Saya jangka jumlah pelancong yang datang ke negara ini dan sektor pelancongan akan kembali pulih.

"Namun, prosedur operasi standard (SOP) perlu sering ditekankan kepada pelancong walaupun sudah ada banyak kelonggaran diberikan bagi mengelakkan peningkatan kes daripada berlaku,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca