SHAH ALAM - Pemerhati politik berpandangan pelantikan ramai muka baharu dalam kalangan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mampu membawa lebih banyak pembaharuan dan memenuhi aspirasi diidamkan rakyat Johor, pada masa depan.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemerhati politik berpandangan pelantikan ramai muka baharu dalam kalangan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mampu membawa lebih banyak pembaharuan dan memenuhi aspirasi diidamkan rakyat Johor, pada masa depan.

Penganalisis politik dan geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, apa yang menarik ialah majoriti barisan Exco yang mengangkat sumpah jawatan hari ini adalah terdiri daripada muka baharu kecuali Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang pernah menjadi Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor (2020-2022) semasa zaman kerajaan negeri dipimpin oleh Datuk Seri Hasni Mohammad.

Malah, Azmi yang juga Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) berkata, satu lagi perkembangan menarik ialah tujuh daripada 10 Exco baru dilantik berkenaan adalah terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu dan orang muda.

Ini termasuklah dua 'giant killer' daripada parti MCA iaitu Ling Tian Soon dan Lee Ting Han yang menewaskan calon DAP di Yong Peng dan Paloh kini masing-masing dilantik sebagai Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor serta Exco Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

"Jadi saya berharap seperti dititahkan oleh Sultan Johor iaitu masa bekerja sudah tiba. Jadi setiap dasar, pembangunan yang sudah dimulakan oleh bekas Menteri Besar sebelum ini dapat diteruskan dan ditambah baik dengan dasar dan pembaharuan baharu.

"Kerajaan negeri pimpinan Datuk Onn Hafiz perlu melakukan lebih banyak pembaharuan bersama barisan Exco baharu. Jadi apabila ada Menteri Besar dan Exco baharu maka kena ada pembaharuan dasar dan inisiatif baharu, kerana inilah yang diharapkan oleh seluruh rakyat dan Sultan Johor," katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.

Sultan Ibrahim ketika bertemu Exco Johor yang baharu mengangkat sumpah pada Sabtu. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Malah katanya, selain baharu dan muda satu lagi gambaran terbaik kepada barisan Exco Onn Hafiz ialah bersih.

Ini kerana kata Azmi, sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah menitahkan semua calon Exco bukan sahaja perlu membuat pengisytiharan harta, malah melalui semakan latar belakang yang menyeluruh dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azmi berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai pelantikan 10 Exco baharu yang akan berkhidmat bagi tempoh lima tahun ini selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada Sabtu.

Azmi

Istiadat pelantikan berlangsung di sini dan turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan berkenaan adalah ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K Raven (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom) dan Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, beliau melihat pelantikan kebanyakan Exco daripada muka baru adalah konsisten dengan pelantikan Menteri Besar baharu.

Klik di sini untuk terus membaca