AWANG sekali lagi hargai nasihat baginda Sultan Perak tentang alam sekitar. Baginda bertitah jangan asyik nak majukan prasarana dan raih untung hingga alam sekitar jadi korban. Baginda ingatkan kita semua agar hargai dan cintai alam sekitar... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sekali lagi hargai nasihat baginda Sultan Perak tentang alam sekitar. Baginda bertitah jangan asyik nak majukan prasarana dan raih untung hingga alam sekitar jadi korban.

Baginda ingatkan kita semua agar hargai dan cintai alam sekitar dan bukan merosakkannya. Titah baginda Sultan Nazrin lagi patut ada keseimbangan antara pembangunan prasarana dan pemuliharaan alam sekitar.

Tuanku Nazrin juga bertitah bencana alam sekitar yang kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi pada manusia. Manusialah "yang bersifat zalim sehingga alam sekitar semakin membenci dan enggan bersahabat dengan manusia.”

Tuanku juga ingatkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan plastik sudah sampai tahap melampau. Kesannya ia meracuni makanan dan alam sekitar. Titah baginda lagi, Malaysia menduduki tempat kedua di Asia dalam penggunaan plastik. Per kapita penggunaan plastik bagi rakyat kita adalah 70 kilogram.

Rakyat kita menggunakan secara purata 300 beg plastik seorang setahun. Kita penyumbang besar pada plastik di lautan yang mencemarkan alam sekitar. Malaysia bertanggungjawab membuang lebih 30,000 tan plastik ke laut setiap tahun.

Awang harap nasihat baginda menjadi pedoman kepada semua. Keadaan pemanasan global dan suhu yang meningkat akan mengancam masa depan kita semua.

Jadi berwaspadalah.

Klik di sini untuk terus membaca