AWANG sebetulnya tidak terperanjat sangat dengan berita muka satu akhbar ini semalam, "Rakyat Malaysia Terlebih Makan.”
Memang Awang setuju dengan pandangan banyak orang bahawa rakyat Malaysia mati kerana makan, sedangkan di banyak negara lain rakyatnya mati tak makan. Lagipun banyak penyakit bermula dari makanan yang kita makan atau makanan berlebihan.
Bercakap pasal pembaziran makanan macam sudah jadi budaya kita pula. Awang pernah terbaca bagaimana kita membazirkan makanan. Rakyat Malaysia bazirkan 15,000 tan makanan setiap hari.
Ini bermakna kita boleh isi 7.5 padang bola sepak sehari dengan makanan yang dibazirkan itu. Samalah macam kita beri makan kepada 7.5 juta orang atau dua kali jumlah penduduk Republik Singapura!
Pada waktu yang sama setiap hari lebih 800 juta rakyat dunia yang hidup dalam kebuluran atau 26 kali penduduk Malaysia. Rakyat kita makan melebihi 2,500 kalori yang diperlukan oleh badan kita sehari sedangkan rakyat Somalia hanya mampu makan 1,500 kalori sehari.
Awang harap semua ini patut jadi pengajaran kepada kita. Awang juga harap pada bulan Ramadan ini kita beringatlah tujuan dan semangat sebenar Ramadan. Janganlah ikut nafsu dan selera sahaja di bulan mulia nanti.
Klik di sini untuk terus membaca