SHAH ALAM -Pemilihan lantikan calon bagi jawatan pimpinan tertinggi di sesebuah universiti seperti Naib Canselor dan Timbalan Canselor itu perlu seimbang, kata Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM -Pemilihan lantikan calon bagi jawatan pimpinan tertinggi di sesebuah universiti seperti Naib Canselor dan Timbalan Canselor itu perlu seimbang, kata Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Ketika ditanya mengenai pemilihan calon sama ada dinilai dari segi profil korporat atau berasaskan penampilan akademiknya, Hamdan berkata, kedua-duanya penting dan memberi manfaat khususnya pada Institut Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat negeri.

Ujar beliau, setiap IPT mengutamakan kualiti dan kuantiti tertentu bagi memastikan perkembangan universiti itu tidak menjejaskan prestasi akademik institut berkenaan.

"Ada yang (melihat) paksinya bagaimana, kualiti, kuantiti dan sebagainya. Tetapi dari sudut pandang IPT negeri, tanggungjawabnya lebih besar.

"Jadi (calon) yang dilantik itu perlu seimbang dan dalam satu keadaan perlu ada Naib Canselor contohnya daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai pengalaman.

"Pada masa yang sama, perlu juga ada (calon) yang mampu merangka apakah faktor-faktor yang boleh mengangkat kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi dananya, kewangannya kerana kita bergantung sebahagian besarnya adalah dari yuran pelajar dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-333 bertajuk ‘ Autonomi Universiti: Antara Impian dan Realiti’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengerusi Majlis Profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Ramlee Mustapha manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, berbeza dengan IPTA, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut berdepan dengan tekanan dari segi dana dan kewangan.

"Kita juga tertakluk dengan peraturan-peraturan (tertentu) dan sebagainya. Jadi ada kalanya, ia memberi sedikit tekanan kepada perkembangan secara keseluruhan kerana kita tertakluk.

"Itulah antaranya kita sukar untuk perkembangan itu lebih fleksibel, lebih menyeluruh kerana pada penghujungnya kita perlu menyelesaikan satu lagi isu iaitu bagaimana universiti seperti IPTS ini dapat ‘survive’ (bertahan) berbanding dengan IPTA yang tentunya ruang bantuannya yang lebih besar,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca