PERALATAN ketinggalan zaman, birokrasi yang menyedihkan dan tentera tidak aktif. Situasi itu menyebabkan Jerman mempunyai tugas yang lebih awal untuk memodenkan tenteranya setelah Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu. Tiga hari... Klik di sini untuk terus membaca

PERALATAN ketinggalan zaman, birokrasi yang menyedihkan dan tentera tidak aktif. Situasi itu menyebabkan Jerman mempunyai tugas yang lebih awal untuk memodenkan tenteranya setelah Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

Tiga hari selepas serangan itu bermula, Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam ucapannya menjanjikan bajet khas berjumlah 100 bilion euro (RM468.53 bilion) untuk tentera dan perbelanjaan tahunan lebih daripada dua peratus untuk pertahanan.

Sejak itu, industri senjata sibuk dengan perbelanjaan yang meningkat naik.

Pada jam-jam pertama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Ketua Tentera Darat Jerman, Alfons Mais membuat kejutan di negara itu dengan menyatakan bahawa pilihan yang boleh Berlin tawarkan kepada ahli politik untuk menyokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah sangat terhad.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pertahanan Jerman, Eva Hoegl menyatakan bahawa pasukan tentera berada dalam keadaan membimbangkan dalam laporan tahunan terbarunya mengenai Pasukan Pertahanan Persekutuan negaranya.

Ketika ini, ia tidak dapat memenuhi fungsi dasarnya untuk mempertahankan Jerman sekiranya terjadi serangan, menurut Marcus Faber iaitu pakar pertahanan dan Ahli Parlimen untuk Free Democratic Party (FDP) yang liberal.

HANYA ADA 180,000 ASKAR

Tentera yang ditubuhkan pada tahun 1955 di negara berkenaan telah dihancurkan oleh langkah berjimat cermat sejak bertahun-tahun lamanya.

Kurang daripada 30 peratus kapal tentera laut Jerman beroperasi sepenuhnya menurut laporan yang diterbitkan pada bulan Disember lalu mengenai keadaan tentera.

Sebilangan besar pesawat tempur negara itu pula tidak layak untuk terbang.

Menyentuh tentang peralatan Tentera Darat Jerman, daripada 350 kenderaan tempur Puma, hanya 40 yang dianggap sesuai untuk berperang.

Walaupun mempunyai peralatan, tentera Jerman tidak akan mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengendalikannya.

Ia mempunyai 180,000 askar berbanding 500,000 anggota tentera pada tahun 1990.

Tentera Jerman perlu dimodenkan setelah negara itu tidak memperuntukkan bajet besar dalam bidang ketenteraan selama bertahun-tahun lamanya. - Foto AFP

Daripada hanya membuang wang untuk mendapatkan peralatan baharu, Hoegl percaya bahawa struktur perancangan dan perolehan mesti dimodenkan juga untuk membawa perubahan yang nyata.

Tentera mempunyai struktur desentralisasi yang menjadikan pihak berkuasa tempatan mengawal pembinaan dan penyelenggaraan bangunan yang bermaksud bahawa projek paling sederhana boleh memakan masa selama beberapa tahun untuk disiapkan.

Contohnya, banyak berek tentera yang mengalami kekurangan kemudahan kebersihan, kekurangan kedai elektrik, air panas atau bahkan air minuman.

Dalam satu kes, pengubahsuaian memakan masa selama 23 tahun.

Keadaan itu tidak hanya menimbulkan kekecewaan dalam kalangan askar namun ia kadang-kadang menyebabkan hilangnya kepercayaan terhadap proses politik, kata Hoegl dalam laporannya.

Pejabat Perolehan Pusat yang berpusat di Koblenz dan menggajikan sekitar 10,000 orang juga dikritik kerana bertindak terlalu lambat.

"Walaupun untuk pembelian kecil, prosedur yang rumit telah ditetapkan selama bertahun-tahun," menurut Faber.

RAIFAL, JET PEJUANG TUA

Pasukan Pertahanan Persekutuan Jerman telah menunggu selama bertahun-tahun untuk mendapatkan raifal baharu bagi menggantikan model G36 yang sudah tua.

Beberapa pengeluar telah membangunkan senjata baharu tetapi prosesnya telah terhenti.

Pasukan infantri gunung elit sangat memerlukan peralatan ski baharu dan payung terjun tentera yang lapuk juga perlu diganti.

Bagi memperbaiki keadaan, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan had perbelanjaan.

Jerman telah pun mengumumkan akan menggantikan jet pejuang Tornadonya yang sudah tua dengan armada baharu pesawat pejuang siluman F-35 keluaran Amerika Syarikat (AS) dan Eurofighters yang berharga kira-kira 100 juta euro (468.53 juta) setiap satu.

Ia juga mahu mendapatkan jet pejuang Eropah SCAF dalam tempoh jangka panjang dan mahu membeli dron bersenjata dari Israel.

Jerman juga berusaha untuk mendapatkan sistem perisai antipeluru berpandu dari Israel yang dapat menawarkan perlindungan untuk negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang berdekatan.

Sistem peluru berpandu Arrow 3 keluaran Israel yang berharga sekitar AS$2.2 bilion (RM9.25 bilion) juga dipertimbangkan untuk dibeli dan ia dapat beroperasi mulai tahun 2025.

Sistem radar yang sesuai akan dipasang di tiga buah lokasi di Jerman.

Sekiranya serangan roket dikesan, sistem peluru berpandu Arrow 3 akan digunakan untuk memintas peluru berpandu di ruang angkasa dan menghancurkannya.

Sementara itu, Main Ground Combat System (MGCS) iaitu kereta kebal tempur Eropah yang baharu juga dalam perancangan untuk diperoleh tetapi tidak sebelum tahun 2035.

Helikopter pengangkutan juga perlu diganti kemungkinan dengan American Chinooks.

Secara keseluruhan, ia akan mengambil masa sehingga lapan tahun untuk membawa semua peralatan tentera ke tahap moden, menurut Faber. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca