KEBELAKANGAN ini ramai merungut dengan kualiti isyarat perkhidmatan syarikat rangkaian selular di Malaysia. Ramai percaya isyarat teknologi generasi kelima (5G) yang sepatutnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, tidak... Klik di sini untuk terus membaca

KEBELAKANGAN ini ramai merungut dengan kualiti isyarat perkhidmatan syarikat rangkaian selular di Malaysia. Ramai percaya isyarat teknologi generasi kelima (5G) yang sepatutnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, tidak berfungsi dengan baik.

Syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi atau communication services provider (CSP) terbesar dunia seperti Microsoft Azure (MiAz), Google Cloud Platform (GCP) dan Amazon Web Services (AWS) menawarkan perkhidmatan telekomunikasi, gabungan maklumat dan perkhidmatan media, kandungan, hiburan serta perkhidmatan aplikasi melalui rangkaian (application services over networks) dan infrastruktur rangkaian platform berfungsi (functional platform).

Perkhidmatan CSP seperti permainan mudah alih, akses tanpa wayar tetap dan pengalaman baharu pasti mengasyikkan jika pengguna menggunakan rangkaian telekomunikasi 5G.

5G dikatakan 100 kali lebih pantas daripada 4G. Perkhidmatan 5G memberi peluang rangkaian yang tidak pernah dialami manusia sebelum ini khususnya kemampuan pengurusan perniagaan kerana kelajuan penyambungan lebih pantas, toleransi rendah terhadap kelewatan (ultra-low latency) dan jalur lebih lebar.

Malangnya, kadar pertumbuhan perkhidmatan 5G di Malaysia bergerak perlahan. Penulis ingin bertanya, adakah gangguan isyarat yang sering kita alami kebelakangan ini ada kaitan dengan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan 5G? Jika ia benar, kenapa India dan China lebih maju dalam perkhidmatan 5G?

Bharti Airtel Limited, syarikat telekomunikasi utama India dilapor akan melancarkan rangkaian 5G spektrum jalur pertengahan iaitu antara 3.3 GigaHertz (GHz) dan 3.6Ghz serta jalur mmWave 26GHz atau 26 bilion kitaran sesaat. Ia dijangka menjana pendapatan lebih AS$3 bilion (RM12.7 bilion) dalam masa dua tahun mendatang.

Huawei, syarikat utama telekomunikasi China pula memperoleh keuntungan bersih AS$17.8 bilion (RM75.1 bilion) pada 2021, naik 76 peratus daripada tahun sebelumnya. Semuanya kerana 5G.

KOS RM16.5 BILION

Penulis difahamkan, Malaysia akan mencapai 80 peratus liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk tinggi menjelang akhir 2024.

Bagaimanapun, cabaran permintaan kepada rangkaian 5G meningkat mendadak ketika pandemik.

Inilah masalah sebenarnya di Malaysia. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan perkhidmatan 5G terperangkap dalam rangka waktu penyiapan infrastrukturnya.

Kerajaan harus segera mendesak syarikat telekomunikasi agar meningkatkan pelaburan untuk sektor kepadatan rangkaian (network densification) melalui gentian fiber, sel kecil (small cells) dan perkongsian infrastruktur aktif (active infrastructure). India misalnya, bijak merancang perkhidmatan 5G. Dipercayai, gentian menara (fiberization of towers) kritikal untuk membawa jumlah data tinggi apabila mengguna rangkaian 5G. Isu gentian menara turut berlaku di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Status gentian per kilometer atau fibre per kilometer (FKM) per kapita juga patut diberikan perhatian. Malangnya ketika ini tiada laporan status FKM di Malaysia.

Pelan Gentian dan Ketersambungan Kebangsaan atau The National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) 2019-2023 digubal sebagai tindak balas kepada hasrat negara untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar dan menyediakan akses internet merentasi semua spektrum masyarakat.

Penyediaan 5G dijangka melibatkan kos RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun. Antara strategi lain ialah penubuhan Digital Nasional Berhad (DNB).

Covid-19 menyaksikan keperluan mendesak 5G tetapi malangnya pelaksanaan di Malaysia masih di peringkat permulaan. Justeru, penulis mencadangkan pelaksanaan penggunaan perabot jalanan (street furniture) diletakkan small cell dan aerial fiber deployment pada tiang utiliti, papan iklan, tiang lampu jalan, lampu isyarat, gazebo awam serta hentian bas bagi mengatasi masalah itu.

Kesimpulannya, kerajaan harus segera bertindak menangani isu perkhidmatan 5G sebelum Malaysia jauh ketinggalan dan terus tercicir.

Mungkin Malaysia boleh melihat cara China dan India memajukan perkhidmatan 5G demi kesejahteraan pengguna di negara ini.

* Profesor Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Selangor Technical Skills Development Centre

Klik di sini untuk terus membaca