SHAH ALAM - Amalan daftar masuk (check-in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera wajar dihentikan memandangkan ia sudah tidak relevan lagi apabila negara bakal memasuki fasa peralihan ke endemik. Bagaimanapun, Presiden Persatuan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Amalan daftar masuk (check-in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera wajar dihentikan memandangkan ia sudah tidak relevan lagi apabila negara bakal memasuki fasa peralihan ke endemik.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, aplikasi MySejahtera perlu dikekalkan untuk penguat kuasa menyemak status seseorang individu.

Jelasnya, sekiranya MySejahtera dihentikan penggunaannya, lebih ramai antivaksin akan memberanikan diri untuk memasuki sesuatu premis atau dine-in di kedai makan.

Dr Zainal Ariffin

"Saya rasa yang imbas ke premis itu memang sudah tidak perlu. Jadi, ia memudahkan semua orang. Imbas ini sekarang kita nampak seperti tidak relevan sebab semua premis kena buat.

"Tetapi kita kena kekalkan MySejahtera. Pertama, ia untuk tengok sijil vaksin seseorang. Kedua, untuk membuat laporan kalau kita positif. Ketiga, untuk rekod kepada majikan kalau kita kena kuarantin dan sebagainya.

"Contohnya kalau kita pergi makan, tiba-tiba penguat kuasa datang minta tengok MySejahtera. Mereka hanya perlu tengok ada vaksin, positif atau tidak baru ambil tindakan,” katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perlu tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum membuat keputusan sama ada amalan daftar masuk (check-in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera dihentikan.

Dr Mohammad Farhan

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohammad Farhan Rusli berkata, tiada kesan sekiranya amalan daftar masuk dimansuhkan kerana kini kontak rapat tidak perlu menjalani kuarantin.

"Buat masa pemindahan kepada endemik, tiada lagi nilai dari segi epidemiologi kerana kita sudah ubah polisi kuarantin kontak rapat dan sebagainya. Jadi bagi perkara ini, jika dimansuhkan hari ini pun, tiada implikasi kerana polisi kuarantin kita telah berubah,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca