AWANG bukanlah pakar dalam hal selamat menyelamat syarikat (bailout). Tapi Awang rasa rakyat naik meluat apabila ada ura-ura kerajaan nak selamatkan syarikat yang 'sakit'. Kontroversi yang terbaru babitkan Sapura Energy Bhd (SEB). Awang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG bukanlah pakar dalam hal selamat menyelamat syarikat (bailout). Tapi Awang rasa rakyat naik meluat apabila ada ura-ura kerajaan nak selamatkan syarikat yang 'sakit'.

Kontroversi yang terbaru babitkan Sapura Energy Bhd (SEB). Awang naik takut baca kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang sebut ganjaran yang begitu banyak untuk bos-bos besar SEB.

Walaupun syarikat itu rugi besar tapi pembayaran lumayan tetap dibuat pada bos-bos dan juga pemegang saham. Angka yang disebutkan bukan sedikit, angka yang orang macam Awang tak terfikirkan.

Pada zaman rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada syarikat yang bagi ganjaran terlampau.

Cukup-cukuplah tindakan nak selamatkan syarikat raksasa oleh kerajaan. Entah berapa bilion duit rakyat selamatkan Perwaja Steel, Proton Holdings, PKFZ, Felda dan entah macam-macam syarikat prasarana yang parah.

Kita juga akan tanggung musibah 1MDB termasuk bayaran balik hutang dan interest yang bernilai berbilion ringgit.

Nama Malaysia teratas disebabkan 1MDB skandal kewangan terbesar di dunia hari ini.

Pakar ekonomi yang bijak pandai tak usahlah cuba wajarkan tindakan nak selamatkan syarikat gergasi. Ini soal duit rakyat.

Kalau dibiarkan syarikat bermasalah ini diselamatkan, belum ada jaminan ia akan kembali pulih.

Malah makin lama makin parah kedudukan kewangan negara.

Awang harap syarikat besar, khususnya GLC belajarlah bertanggungjawab. Janganlah pakai otak lama, 'kami buat silap tak apa, kerajaan akan bailout.'

Klik di sini untuk terus membaca