BUKANLAH niat Awang nak tumpang semangkuk kontroversi pensyarah UiTM yang dikatakan hina pelajarnya dan golongan B40. Macam-macamlah komen netizen dan orang ramai mengenai perkara itu.
Awang terbaca juga komen anak perempuan Tuk Seri Ahmad Zahid, mantan Timbalan Perdana Menteri tentang hal itu. Awang tak salahkan beliau. Beliau anak orang kaya, orang besar, orang berkuasa. Soal beli sebuah komputer riba tak jadi kudis pada beliau. Tapi mungkin bagi pelajar dari kalangan B40, RM800 yang disebut oleh pensyarah itu terlalu mahal untuknya.
Kadang-kadang kita jangan tengok bintang di atas langit, rumput di bumi pun kena rasa juga. Ada dari kalangan kita yang fikir berapa sangatlah harga sesuatu barang. Memang senang cakap, ada orang boleh belikan peralatan untuk belajar, ada nak derma, tapi siapa?
Awang juga teringat satu masa Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada keluarkan duit banyak kononnya nak belikan komputer riba khususnya untuk yang tak mampu dan orang luar bandar. Soalan Awang, sampaikah komputer riba kepada yang memerlukan?
Pihak UiTM patut belajar dari kisah ini. Tak usahlah sibuk nak buat laporan polis pasal maklumat bocor. Ajar pensyarah yang hina golongan B40 dan bantu pelajar susah dulu!
Klik di sini untuk terus membaca