SHAH ALAM - Kini adalah masa terbaik untuk institusi perbankan negara memperkenalkan konsep wakaf yang berlandaskan digital sebagai platform kewangan di Malaysia. Pakar perbankan, Datuk Nik Mod Amin Nik Abd Majid berkata, perbankan Islam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kini adalah masa terbaik untuk institusi perbankan negara memperkenalkan konsep wakaf yang berlandaskan digital sebagai platform kewangan di Malaysia.

Pakar perbankan, Datuk Nik Mod Amin Nik Abd Majid berkata, perbankan Islam negara ketika ini masih berada di peringkat yang mendatar.

"Jadi kita perlukan satu lagi loncatan merangkumi model yang baharu. Sesetengah individu yang menyokong pelaksanaan wakaf dalam perbankan Islam melihat konsep ini boleh memberi satu lonjakan kepada perkembangan perbankan negara.

"Kami cuba menonjolkan bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk kita memperkenalkan konsep wakaf bank yang berlandaskan teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-334 yang bertajuk ‘Perbankan digital: Sudah bersediakah kita?’ yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Turut menjadi panelis, Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr Barjoyai Bardai dan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Rizal Jaafar manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Mengulas lanjut, Nik Mod Amin berkata, konsep wakaf berada di bawah rangka kerja Maqasid Syariah merangkumi lima fokus yang ingin digabungkan dengan perbankan sedia ada.

"Kita campur lima prinsip Maqasid Syariah untuk diselaraskan dengan rangka kerja pengurusan sedia ada.

"Konsep wakaf dalam Maqasid Syariah ini menepati kehendak Bank Negara Malaysia (BNM) dari segi kelestarian, persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) serta Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI).

"Jadi perkara seperti ini sama dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat sekarang yang mahukan perbankan yang bertanggungjawab dan beretika,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca