BELALANG terserempak dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebuah hotel di pinggir bandar pada malam Sabtu . Beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis meraikan persaraan Lim Kit Siang. Peliknya, selepas... Klik di sini untuk terus membaca

BELALANG terserempak dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebuah hotel di pinggir bandar pada malam Sabtu .

Beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis meraikan persaraan Lim Kit Siang.

Peliknya, selepas majlis itu, Belalang dimaklumkan yang Kit Siang membuat pengumuman di atas pentas semasa ucapannya yang beliau tidak bersara sepenuhnya daripada politik.

Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa dan persaraan Kit Siang namun tuan yang empunya diri menegaskan seorang veteran sepertinya tidak mungkin akan bersara secara total.

Beliau sebenarnya memberi indikasi yang jangan terima pengumuman mengenai persaraannya secara lahiriah kerana zahiriahnya mungkin lain.

Ini mendorong Belalang untuk bertanya sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang perancangan masa depannya.

Dan jawapan yang Belalang terima ialah sekadar senyuman sinis. Senyuman itu menyerlahkan keinginan beliau untuk terus memimpin dan belum bersedia mengundurkan diri.

Ya lah, mana mungkin beliau bersara kerana belum lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Belalang tidak mempunyai masalah untuk Anwar mengisi jawatan tersebut. Setiap ahli politik apatah lagi jika beliau pemimpin sebuah gerakan politik memang berhasrat suatu hari nanti untuk menyandangnya.

Yang pernah jadi Perdana Menteri pun nak lagi, inikan pula yang belum. Dah tentu nak, walau barang dua hari sekali pun.

Tapi kalau nak jadi PM, kena menang pilihan raya dahulu lah. Malah kalau dia menang sekali pun, tapi partinya kalah, itu pun tidak membawa apa-apa makna kerana dia tetap tidak boleh menjadi PM.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mencatat sejarah sebagai satu-satunya manusia di Malaysia yang pernah menjadi PM sebanyak dua kali menerusi dua parti yang berbeza, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun nak kembali sebagai PM dan memohon sokongannya.

Tapi tu kata Tun lah, betul atau tidak kita sendiri pun tak tahu melainkan mereka berdua sahaja.

Kembali kepada isu Anwar, masa sebenarnya tidak menyebelahi beliau.

Belalang berkata begitu kerana senario politik semasa tidak memberi kelebihan kepada PKR mahupun gabungannya iaitu Pakatan Harapan (PH).

Dan Belalang nak ulang sekali lagi, selepas kecundang teruk dan memperlihatkan prestasi yang sangat mengecewakan dalam semua Pilihan Raya Negeri dari Sabah sehinggalah ke Johor, ramai yang berkata, jika PKR tidak lenyap dari bumi Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti kira sudah cukup baiklah.

Ini kerana, boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia amat yakin yang PRU15 mahu tidak mahu ‘terpaksa’ diadakan dalam tempoh empat atau lima bulan ini.

Jika benar sungguh itu terjadi, bukan sahaja PKR malah semua parti pembangkang tidak sempat membina kekuatan dan tenaga semula untuk melawan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Kini pun mereka berdepan dengan kesukaran untuk duduk semeja dan mewujudkan pakatan walaupun usaha dan desakan ke atas langkah itu telah bermula.

Tanpa mengemukakan pilihan ‘satu lawan satu’ untuk pengundi membuat pilihan, tiada cara untuk mereka menumpaskan BN sepertimana yang telah ditunjukkan dalam kesemua PRN dan juga Pilihan Raya Kecil yang pernah diadakan selepas PRU14.

Dan kita? Kita sebagai pengundi dan penonton hanya sekadar mampu mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada mereka.

Belalang - Dah sampai ke tahap jemu dan putus asa....

Klik di sini untuk terus membaca