SHAH ALAM - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Jun depan dijangka hanya menumpukan isu berkaitan pilihan raya umum (PRU) dengan merangkumi segenap aspek. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Jun depan dijangka hanya menumpukan isu berkaitan pilihan raya umum (PRU) dengan merangkumi segenap aspek.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini mengambil kira PRU yang semakin hampir, justeru fokus tentunya kepada isu berkaitan PRU.

"Saya fikir kongres keadilan tahun ini akan hanya tumpu kepada satu perkara sahaja iaitu persiapan parti menghadapi PRU.

"Semua perkara bersabit PRU strategi, naratif, dan segala macam,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau bagaimanapun tidak menolak antara perkara yang bakal dibangkitkan termasuk isu kerjasama untuk bergabung dengan parti lain bagi menghadapi PRU.

Kongres Nasional PKR bakal berlangsung selepas proses pemilihan PKR pada Mei berakhir.

Hari pencalonan bagi peringkat cabang ditetapkan pada 8 hingga 10 April, manakala pencalonan untuk jawatan MPP pada 11 April ini.

Tempoh berkempen akan berlangsung selama sebulan, dan tarikh pengundian pemilihan parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025 bermula 13 hingga 18 Mei nanti.

Hanya anggota PKR berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022 yang sah memilih barisan calon pimpinan di peringkat pusat dan cabang.

TARIKH PENTING KONGRES PKR

8 hingga 10 April - Hari pencalonan bagi peringkat cabang

11 April - Pencalonan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

13 Mei hingga 18 Mei - Pemilihan parti sesi 2022 hingga 2025

10 Jun hingga 12 Jun - Kongres Nasional PKR

Klik di sini untuk terus membaca