SHAH ALAM - Kekangan masa dan tenaga pasangan bekerja menyebabkan khidmat pembantu rumah atau amah diperlukan bagi membantu meringankan beban dalam menguruskan keperluan harian di rumah. Pengurus Projek Teknologi Maklumat (IT), Syuhaida... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kekangan masa dan tenaga pasangan bekerja menyebabkan khidmat pembantu rumah atau amah diperlukan bagi membantu meringankan beban dalam menguruskan keperluan harian di rumah.

Pengurus Projek Teknologi Maklumat (IT), Syuhaida Mohd Nor, 45, berkata, dia membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah tujuh tahun lalu bagi membantunya menjaga keperluan anak-anak dan menguruskan rumah.

Ditambah pula dikurniakan seorang anak penghidap sindrom Down, Syuhaida amat memerlukan bantuan pembantu rumah untuk menjaga anak istimewa berusia 14 tahun itu semasa mereka bekerja.

"Sebenarnya saya memerlukan khidmat amah atas faktor keselamatan dan keselesaan.

"Nak hantar ke rumah orang bahaya pula terutamanya dengan anak istimewa, susah untuk saya lepaskan dia dijaga bersama kanak-kanak lain semasa masih kecil,” katanya.

Hal itu turut dipersetujui seorang doktor, Dr Hanita Abdul Wahid, 50, bahawa kehadiran pembantu rumah dapat meringankan kerja-kerja di rumah berikutan mereka sibuk dengan kerja.

"Dia ditugaskan untuk memasak, memastikan rumah dan persekitarannya dalam keadaan bersih, membasuh dan membersihkan pakaian serta kelengkapan rumah,” ujarnya.

Bagi Norhayati Omar, 45, pula, selain keperluan harian rumah, dia memerlukan kehadiran pembantu rumah bagi membantu menguruskan ibu saudaranya yang sudah menjangkau usia lebih 70 tahun.

Menurut Pengarah Urusan di sebuah syarikat swasta, Norhaslinda Talip, 35, dia dan suami memutuskan untuk mencari pembantu rumah bagi menjaga empat anak yang masih kecil berumur dua hingga 10 tahun.

Ujarnya, pembantu rumah diperlukan untuk membantu kerja-kerja di rumah sekali gus meringankan beban mereka setelah seharian mencari rezeki di luar.

Sementara itu, Syahriah Said, 45, berkata, kerjayanya sebagai pegawai bank memerlukan komitmennya untuk pulang ke rumah agak lewat.

"Dari segi kewangan, saya rasa lebih jimat jika dibandingkan dengan kos menghantar anak ke taska atau transit,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca