SHAH ALAM - Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa) merayu agar kerajaan membuka lebih banyak peluang kemasukan pembantu rumah luar negara khususnya dari Bangladesh bagi menampung keperluan amah di negara ini.
Presidennya, Datuk Foo Yong Hooi berkata, kos pengambilan pembantu rumah dari Bangladesh jauh lebih murah dan bayarannya tidak melebihi RM10,000.
Menurutnya, kerajaan Malaysia perlu ‘membuka jalan’ terlebih dahulu bagi merintis usaha ini sekali gus memberikan pilihan kepada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah dengan harga yang lebih murah.
"Kami merayu kerajaan membuka kepada lebih banyak negara, termasuk Bangladesh. Apa yang kita bincang dengan agensi di Bangladesh, majikan perlu bayar tidak melebihi RM10,000.
"Kami harap Malaysia menghantar nota diplomatik kepada Bangladesh untuk mereka membuka ruang dan seterusnya memudahkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia. Maksudnya, satu pihak mesti mengambil inisiatif kerana kita yang memerlukan, jadi kita harus mengambil inisiatif itu,” katanya.
Tambah Yong Hooi, sama seperti beberapa negara lain yang menghantar pembantu rumah ke luar negara, Bangladesh juga sudah menghantar pembantu rumah ke Timur Tengah dan mereka telah mempunyai rekod.
Jelasnya, Papa sendiri sudah berjumpa dengan menteri di Bangladesh dan mereka bersetuju dengan cadangan membawa masuk pembantu rumah ke negara ini.
Klik di sini untuk terus membaca