BERIKUTAN kedatangan bulan Ramadan, sekumpulan sukarelawan di Libya sanggup bekerja sepanjang masa bagi membaik pulih kitab-kitab al-Quran yang sudah lama atau rosak untuk digunakan semula oleh para pelanggan. Khaled al-Drebi iaitu salah... Klik di sini untuk terus membaca

BERIKUTAN kedatangan bulan Ramadan, sekumpulan sukarelawan di Libya sanggup bekerja sepanjang masa bagi membaik pulih kitab-kitab al-Quran yang sudah lama atau rosak untuk digunakan semula oleh para pelanggan.

Khaled al-Drebi iaitu salah seorang pemulih kitab suci Islam itu adalah antara yang bertugas di sebuah bengkel di Tripoli bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggannya semasa Ramadan yang merupakan bulan untuk umat Islam berpuasa dari waktu subuh sehingga senja pada setiap hari.

Pada bulan Ramadan, ramai penganut Islam membaca kitab suci itu sekali gus terdapat lonjakan penjualan dan baik pulih al-Quran di pasaran.

"Pembelian al-Quran baharu secara tradisionalnya meningkat sebelum kedatangan bulan Ramadan tetapi (trend itu) kini berubah di Libya," kata Drebi kepada AFP.

Bagi sebahagian penduduk negara yang pernah dilanda perang, tradisi itu diganggu oleh kenaikan kos (pembelian) al-Quran terutamanya sejak negara (Libya) berhenti mencetaknya, tambahnya.

Negara Afrika Utara tersebut telah mengalami konflik selama lebih dari satu dekad menyebabkan banyak institusi-institusinya terjejas sekali gus memberi tamparan besar terhadap ekonomi negara tersebut di negara yang kaya dengan minyak itu.

"Kos membeli (al-Quran) telah meningkat, dan bilangan orang yang mahu memulihkan al-Quran yang lama telah menjadi populariti yang belum pernah terjadi sebelumnya," kata Drebi.

Berbanding dengan kos untuk membeli al-Quran baharu yang harganya lebih AS$20 (RM84.39) tetapi bengkel Drebi hanya mengenakan hanya beberapa dolar sahaja untuk memulihkan kitab suci tersebut.

Bagaimanpun, kos bukanlah satu-satunya faktor bagi sebahagian orang kerana salinan yang lebih tua dan lama juga mempunyai nilai-nilai sentimental.

"Ada hubungan rohani untuk sejumlah pelanggan," kata Drebin yang menyatakan ramai pelangganya memilih untuk memelihara al-Quran yang diperturunkan daripada saudara-mara mereka.

PROSES PEMULIHAN

Di bahagian belakang bilik di bengkel tersebut, Abdel Razzaq al-Aroussi pula berusaha menyusun ribuan al-Quran berdasarkan kepada tahap kerosakannya.

"Pemulihan al-Quran dengan kerosakan terhad mengambil masa tidak lebih daripada satu jam tetapi bagi yang sangat rosak, ia mungkin memerlukan masa selama dua jam atau lebih," kata Aroussi.

Kitab itu perlu dipulihkan dan proses yang teliti memerlukan banyak masa.

Kerja-kerja membaik pulih kitab al-Quran meningkat di Libya sempena kedatangan Ramadan pada tahun ini. - Foto AFP

Mabrouk al-Amin iaitu seorang penyelia di bengkel itu menyatakan bahawa proses pemulihan tersebut memerlukan sebilangan besar mereka yang mahir dalam kerja-kerja melibatkan pengunaan tangan.

"Bekerja dengan kitab Tuhan sangat menggembirakan dan kita tidak bosan. Ada kegembiraan yang tidak dapat digambarkan," katanya.

Pekerja-pekerja pemulihan menyatakan bahawa mereka telah memperbaiki setengah juta al-Quran sejak bengkel tersebut dibuka pada tahun 2008 manakala dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai wanita telah menjadi pekerja-pekerja pemulihan secara sukarela.

"Sebilangan besar wanita dilatih untuk memulihkan al-Quran dan turut mempunyai bengkel mereka sendiri," kata Drebi.

Seorang sukarelawan wanita itu, Khadija Mahmoud telah mengadakan sesi latihan untuk wanita-wanita buta.

"Kami tidak akan dapat memikirkan untuk melakukan ini jika bukan kerana wanita yang berkebolehan ini (Khadija)," tambah Drebi.

Bagi Mahmoud yang melatih wanita-wanita di sebuah bengkel di Zawiya, 45 kilometer di sebelah barat Tripoli, memulihkan al-Quran di bengkel wanita membolehkan mereka bekerja dalam keadaan selesa dan pada kadar yang lebih pantas.

Beliau menambah bahawa kerja-kerja pemulihan itu membolehkan ramai wanita cara mendapat cara berguna untuk mengisi masa lapang mereka.

"Sebilangan besar pelatih dan pemulih-pemulih kitab suci tersebut ialah pesara," ujarnya. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca