BUAT kali pertamanya dalam sejarah, sejumlah umat Islam mengerjakan solat tarawih yang diadakan di kaki lima Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan tempat tersibuk di bandar raya kewangan itu pada Sabtu lalu dalam... Klik di sini untuk terus membaca

BUAT kali pertamanya dalam sejarah, sejumlah umat Islam mengerjakan solat tarawih yang diadakan di kaki lima Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan tempat tersibuk di bandar raya kewangan itu pada Sabtu lalu dalam bulan Ramadan.

Sebelum menunaikan solat itu, sebanyak 1,500 kotak makanan disediakan untuk umat Islam berbuka puasa dan solat Maghrib serta Isyak diadakan secara berjemaah dengan diikuti solat tarawih yang dikerjakan buat kali pertama di lokasi pelancongan yang terkenal di dunia itu.

Times Square ialah kawasan komersial dan destinasi pelancongan utama di tengah bandar Manhattan di bandar raya New York dan merupakan tempat tarikan pelancong yang paling ramai dikunjungi. Ia pernah dilawati oleh kira-kira 50 juta pelawat dalam tempoh setahun.

Klip video yang menunjukkan umat Islam yang mengerjakan solat sunat itu di Times Square, New York itu juga telah menjadi tular di media sosial dan ia merupakan pertama kali diadakan dalam sejarah bandar raya berkenaan di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Kristian.

Agama Islam adalah yang ketiga terbesar di AS selepas Kristian dan agama Yahudi.

Menjelang tahun 2017, jumlah umat Islam di negara itu dianggarkan seramai 3.45 juta, menurut kajian Pew Research dan ia mewakili kira-kira satu peratus daripada penduduk AS pada tahun 2020 berdasarkan kepada perangkaan daripada Institut Penyelidikan Agama Awam.

Solat tarawih yang dilakukan oleh umat Islam di Times Square, New York itu diadakan di tempat terbuka dan menurut seorang imam di Pusat Islam bandar raya tersebut, Shamsi Ali mengerjakan solat sunat di lokasi terkemuka tersebut merupakan sebahagian daripada kebebasan beragama di AS.

Beliau membuat ciapan di Twitter baru-baru ini berkata, terdapat kira-kira 300 buah rumah ibadat ALLAH wujud di bandar raya berkenaan.

Mereka yang mengerjakan solat itu datang dari seluruh AS malah sehingga dari Kanada dan membacakan ayat-ayat suci dari kitab al-Quran dan majis berkenaan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang berpangkalan di AS iaitu Projek Zam Zam dan bertujuan diadakan untuk menunjukkan Islam ialah agama keamanan.

"Kami di sini untuk menjelaskan bahawa agama kami kepada semua orang yang tidak mengetahui tentang apakah itu Islam," kata penganjur majlis berkenaan yang dikenali hanya mahu dikenali sebagai SQ kepada saluran berita televusyen berita tempatan iaitu CBS.

"Islam adalah agama keamanan," ujarnya.

AZAN DI MASJID

Menurut iklan media sosial yang tersebar di Instagram dan Facebook, tarawih ialah solat malam yang dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia dan berbuka puasa pada waktu matahari terbenam akan diadakan pada kesibukan pada 2 April di Times Square, New York.

Times Square merupakan lokasi pelancongan terkenal di bandar raya New York. - Foto AFP

Majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih itu diadakan ketika AS ditadbir oleh Presiden negara tersebut paling tua dalam sejarah iaitu Joe Biden daripada parti Demokrat yang kini sudah berusia 79 tahun dan akan berumur 80 tahun pada November tahun ini.

Ia juga diadakan selepas bandar raya Minneapolis, Minnesota, AS yang telah membenarkan azan dikumandangkan di masjid-masjid di bandar raya tersebut menjelang bulan Ramadan.

Majlis bandar raya itu sebelum ini meluluskan rang undang-undang, yang dibentangkan oleh seorang ahli majlis, Jamal Osman.

Menyebut langkah itu sebagai langkah ke arah yang betul untuk kesaksamaan agama, Osman pernah bahawa: "Kami masih mempunyai banyak kerja untuk memastikan semua orang menikmati hak yang sama."

Masjid-masjid di bandar raya Minneapolis boleh melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali sehari kecuali pada solat pagi dan malam dengan syarat kadar suaranya di bawah had desibel tertentu.

"Azan ialah salah satu bahagian terpenting dalam iman kita," menurut ciapan Osman di Twitter sebelum ini.

Solat sunat tarawih itu diadakan ketika AS mempunyai dua orang Datuk Bandar yang beragama Islam di negeri Michigan iaitu Abdullah Hammoud menjadi datuk bandar Dearborn dan Amer Ghalib menjadi datuk bandar di Hamtramck selepas masih-masing dipilih pengundi dalam pilihan raya untuk menduduki jawatan tersebut. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca