SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis politik berpandangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dibentangkan di sidang khas Parlimen, pada Isnin ini, akan diluluskan dengan undian majoriti melebihi dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis politik berpandangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dibentangkan di sidang khas Parlimen, pada Isnin ini, akan diluluskan dengan undian majoriti melebihi dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata, ia kerana RUU berkenaan memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh kebanyakan parti politik dan ahli Parlimen sama ada dari blok penyokong kerajaan mahu pun pembangkang.

"Malah, saya yakin semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong atau berkecuali mengenai usul RUU yang menjadi sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang, sebelum ini.

"Mana-mana ahli Parlimen yang menentang atau tidak menyokong RUU Anti Lompat Parti ini pula akan dianggap sebagai anti demokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Premium.

Dalam pada itu, Azmi berharap kerajaan tidak menetapkan tempoh penggantungan tertentu kepada ‘katak politik’ untuk bertanding semula dalam pilihan raya susulan pengosongan kerusi akibat kes lompat parti.

"Kenapa kita nak halang seorang bekas ahli Parlimen mahu bertanding dalam pilihan raya semula sedangkan ia adalah satu proses demokrasi dan hak individu yang dijamin mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengesahkan, beliau akan menyokong usul Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat pada Isnin nanti.

Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin yang juga mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas berkata, beliau amat bersetuju dengan langkah kerajaan membentangkan RUU berkenaan kerana ia memberi keadilan kepada semua pihak.

"Saya sangat bersetuju dengan RUU tersebut. Ia adil untuk semua.

"Adil untuk parti di mana seorang YB bertanding dan menang menggunakan platform tersebut.

"Adil untuk rakyat bagi mereka membuat keputusan baru dan pemilihan semula berdasarkan situasi terkini politik.

"Adil untuk ahli parlimen untuk membuat pilihan wadah baru dan berhak dicalonkan semula dalam pilihan raya seterusnya bagi mendapatkan sokongan dan mandat baru rakyat,” katanya dalam jawapan ringkas kepada wartawan.

Klik di sini untuk terus membaca