SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menegaskan kegagalan kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti boleh mengakibatkan perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani antara kerajaan dengan Pakatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menegaskan kegagalan kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti boleh mengakibatkan perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) rosak.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, perkara itu juga memperlihatkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik (CSA) yang dimeterai sebelum ini tidak mempunyai kredibiliti dan hanya mempercepatkan keruntuhan kerajaan Persekutuan hari ini.

"Jika pilihan raya membawa kepada kerajaan dengan majoriti yang rapuh, kredibiliti MoU untuk mengekalkan kestabilan akan terjejas oleh kegagalan (untuk meluluskannya) minggu ini," kata menerusi ciapan Twitternya.

Berikutan itu, Nurul Izzah menggesa supaya identiti anggota Kabinet yang menyokong dan menentang kelulusan RUU berkenaan mesti didedahkan kepada umum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan satu lagi episod tindakan lompat parti akan berlaku jika RUU berkenaan tidak dibentangkan dalam masa terdekat.

"Kelewatan (membentang) RUU Anti Lompat Parti adalah sama dengan ia dinafikan dan barisan Kabinet yang menyokong serta mereka yang menentang kelulusan RUU mesti didedahkan kepada umum," katanya.

Nurul Izzah berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini memaklumkan pembentangan RUU itu yang sepatutnya dibuat pada Isnin ini ditangguhkan ke satu lagi Mesyuarat Khas dalam masa terdekat.

Wan Junaidi dalam kenyataannya berkata Mesyuarat Khas kedua itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Biarpun pembentangan RUU itu ditangguhkan, Mesyuarat Khas Parlimen yang dijadual pada Isnin dan Selasa ini akan diteruskan seperti dirancang untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) No.3) 2022.

"Kedua-dua pihak menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan RUU ini mendapat majoriti dua pertiga dalam sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April 2022," kata Wan Junaidi pada Khamis.

Klik di sini untuk terus membaca