MACAM orang lain juga, Awang rasa pelik apa perlunya perakuan cop MS SIRIM untuk pelitup muka. Kalau hal ini berlaku pada awal pandemik ini, Awang fahamlah.
Tapi kita sudah masuk fasa peralihan ke arah endemik. Pada pendapat Awang dah terlambat nak guna cop apapun.
Awang setuju sangat dengan Profesor Madya Dr Malina Othman yang kata, soal ada cop atau tak ada cop SIRIM bukan isu penting.
Apa yang lebih penting ialah pelitup muka itu harus berkualiti dan selamat. Sepatutnya tumpuan diberikan pada penggunaannya secara menyeluruh oleh semua pihak.
Soal keselamatan awam lebih penting daripada ada cop atau tidak.
Pelik juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) nak laksanakan hal itu pada peringkat ini.
Mujurlah pewartaan perintah itu ditangguhkan sehingga 1 Januari tahun depan.
Tidak terfikirkah kementerian itu mungkin kita tak perlukan lagi pelitup muka tahun depan oleh sebab kita sudah masuk era endemik.
Pada masa ini pun di banyak negara tidak ada paksaan pakai pelitup muka.
Begitulah nampaknya para birokrat kita. Kata orang perkara yang tak perlu dibuat disibukkan, yang perlu tak dibuat.
Tak do kojo cari kojo, kata orang Negeri Sembilan. Perkara mudah jadi susah.
Apa perlunya cop melainkan nak menyusahkan pengeluar dan menaikkan harga barang?
Klik di sini untuk terus membaca