SHAH ALAM - Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak menyifatkan ‘tragedi’ yang menimpa syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Berhad (SEB) sebagai amat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak menyifatkan ‘tragedi’ yang menimpa syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Berhad (SEB) sebagai amat menyedihkan.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan perlu membuat pertimbangan secara menyeluruh termasuk melihat situasi kewangan dan faedah sekiranya ingin membantu menyelesaikan isu aliran tunai yang dihadapi syarikat itu.

"Saya sedih dengan situasi melibatkan Sapura kerana ia antara syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang terbesar di dunia dan milik bumiputera.

"Saya tidak tahu secara terperinci situasi kewangannya tapi saya tahu, ada yang kata kerajaan perlu selamatkan Sapura dan ada yang kata tak patut. Saya rasa, kita perlu teliti tentang situasi kewangannya dan tengok balik, apakah harga untuk selamatkannya.

"Jika kita ingin menyelamatkan Sapura, kita kena tengok daripada segi rasionalnya. Apakah faedah a dan kosnya kepada negara?” katanya dalam Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian pada Khamis.

Untuk rekod, Sapura Energy Bhd mencatatkan kerugian bersih luar biasa RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 dan dijangka mengalami kerugian lebih besar bagi tahun kewangan semasa.

Syarikat itu dilaporkan sedang mengalami tekanan kecairan apabila paras hutang dan pembayaran tertunggak terlampau tinggi, ditambah dengan kesukaran mendapatkan kemudahan kredit.

Kontroversi bermula apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan bantu SEB menyelesaikan masalah aliran tunai demi kepentingan strategik negara.

Antara alasan ialah hampir 10,000 orang berdepan risiko kehilangan kerja dan kerugian bakal ditanggung Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang juga pemegang saham terbesar SEB.

Bagaimanapun, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, isu aliran tunai SEB boleh diselesaikan golongan profesional dalam syarikat itu tanpa perlu campur tangan kerajaan.

Klik di sini untuk terus membaca