BUKANLAH Awang cemburu penjawat awam Gred 56 ke bawah dapat RM500 sempena Aidilfitri.
Khabarnya ini adalah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk mereka. Orang pencen pun dapat RM250.
Sewaktu pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan umumkan penjawat awam Gred 56 ke bawah dapat Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.
Pada masa itu ada suara-suara tidak puas hati mengapa hal itu berlaku.
Mereka mengatakan bantuan itu tidak adil memandangkan penjawat awamlah yang paling tidak terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat Covid-19.
Kata Menteri Kewangan pula pemberian itu setimpal dengan pengorbanan yang mereka curahkan semasa pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Awang lebih setuju jikalau bantuan ini disasarkan. Banyak penjawat awam yang tidak bekerja sepenuh masa sewaktu PKP.
Tidak semua dianggap frontliners. Bagi pihak keselamatan dan mereka yang terlibat dalam perubatan dan kesihatan memang wajar diberikan ganjaran.
Banyak rakyat khususnya yang bekerja sendiri atau yang berniaga terkesan teruk dengan pandemik Covid-19.
Memang ada bantuan untuk mereka, tapi proses untuk mereka pulih dan bangun semula tidak mudah.
Bagi yang berniaga banyak yang terpaksa tutup kedai. Banyak pula yang hilang kerja dalam sektor swasta.
Pada pendapat Awang, lebih banyak wang patut dicurahkan untuk bangunkan semula ekonomi yang rosak teruk, bukan untuk tujuan populariti sahaja.
Awang takut kerajaan hantar mesej yang salah pada rakyat.
Klik di sini untuk terus membaca