KRISIS bekalan cip semikonduktor bukan sahaja melanda Malaysia bahkan, turut melanda di peringkat global. Kesan daripada itu, kekurangan bekalan tersebut telah menjejaskan pengeluaran kenderaan automotif pelbagai jenama. Kami senaraikan... Klik di sini untuk terus membaca

KRISIS bekalan cip semikonduktor bukan sahaja melanda Malaysia bahkan, turut melanda di peringkat global.

Kesan daripada itu, kekurangan bekalan tersebut telah menjejaskan pengeluaran kenderaan automotif pelbagai jenama.

Kami senaraikan beberapa jenama terkenal dan domestik Malaysia yang kini sedang menangani kemelut bekalan cip semikonduktor itu.

FORD MOTOR

Ford Motor Co terpaksa menghentikan sementara pengeluaran trak pikap popularnya, F-150 di salah satu kilang pengeluarannya di Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan bahagian yang berkaitan dengan semikonduktor.

SUBARU

Subaru telah mengumumkan produksi untuk kilang Yajima di Gunma Prefacture digantung bermula 10 hingga 27 April disebabkan kekurangan cip semikonduktor.

TOYOTA

Toyota terpaksa membuat keputusan untuk menggantung operasi di dua buah kilangnya di Jepun selama tiga hingga lapan hari waktu bekerja iaitu dari 7 Jun 2021 untuk kilang yang terletak di wilayah timur laut Iwate dan Miyagi.

NISSAN

Nissan terpaksa mengurangkan pengeluaran kereta pada tahun 2021 disebabkan masalah bekalan cip. Masalah tersebut turut menyebabkan pengeluaran kereta di seluruh dunia bakal berkurangan sebanyak 500,000 unit.

MAZDA

Mazda juga menjangkakan pengeluarannya akan dikurangkan sebanyak 100,000 unit dalam tahun fiskal semasa.

VOLKSWAGEN

Volkswagen kehilangan hampir 10,000 kereta dalam produksi di China disebabkan oleh kekurangan bekalan cip pada tahap global.

AUDI

Audi mengambil keputusan merehatkan seketika kira-kira 10,000 tenaga pekerja, selain melewatkan produksi sesetengah kenderaan di kilang mereka akibat kekurangan sumber semikonduktor di peringkat global sehingga 29 Januari 2021.

BMW

BMW Group terpaksa mengalah kepada kekurangan semikonduktor global setelah berbulan-bulan mengurus mengekalkan output dalam petunjuk terbaru bahawa masalah rantaian bekalan industri automotif semakin buruk bermula 30 April 2021.

FIAT

Fiat Chrysler Automobiles (FCA) menyatakan bahawa mereka akan menghentikan sebahagian produksi kenderaan pada Januari 2021 berikutan kekurangan bekalan cip semikonduktor.

PERODUA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dijangka melaksanakan catuan pengeluaran kenderaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan cip semikonduktor yang memberi kesan kepada prestasi jualannya pada April 2021.

PROTON

Pada Mac 2022, Proton berkemungkinan akan menunda pengeluaran baharu X80 dan X90 kerana masalah tempahan bagi model sebelum ini yang masih lagi tertunda dan kekurangan alat ganti. Proton dikatakan mahu fokuskan permintaan pelanggan terlebih dahulu.

Klik di sini untuk terus membaca