KUALA LUMPUR - Pindaan Perkara 10 Perlembagaan yang dibentang di Dewan Rakyat pada Isnin bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti dibentang dijangka lulus dengan majoriti dua pertiga. Menteri di Jabatan Perdana... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Pindaan Perkara 10 Perlembagaan yang dibentang di Dewan Rakyat pada Isnin bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antilompat Parti dibentang dijangka lulus dengan majoriti dua pertiga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum itu memaklumkan, kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mempersetujui tiga perkara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Rang Undang-Undang RUU Anti Lompat Parti dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen pada Isnin.

Tiga perkara yang dipersetujui itu termasuk memperhalusi tafsiran larangan ahli Parlimen bertukar parti.

Perkara lain yang dipersetujui adalah cadangan untuk memansuhkan perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu.

"Turut dipersetujui adalah menggubal suatu undang-undang khusus berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti,” kata Wan Junaidi ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Perkara 48(6) menyatakan seseorang yang melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

Dalam perbahasan itu juga memperlihatkan beberapa ahli Parlimen meminta pengecualian dari undang-undang lompat parti.

Larry Sng (PBM-Julau) misalnya memberitahu Dewan Rakyat bahawa ahli Parlimen yang memenangi kerusi mereka sebagai calon bebas tidak seharusnya tertakluk kepada undang-undang antilompat parti.

Sng berkata, jika undang-undang sedemikian digunakan untuk menghalang seorang wakil rakyat bebas daripada menyertai parti pada pertengahan penggal, maka ia akan menjadi pencabulan hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan.

Klik di sini untuk terus membaca