SHAH ALAM - Individu yang berpelajaran dan berjawatan tinggi cenderung untuk menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau ‘scammer’. Ahli psikoterapi, Meg Richy Consultancy, Meg Richy berkata, majoriti individu yang mendapatkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Individu yang berpelajaran dan berjawatan tinggi cenderung untuk menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau ‘scammer’.

Ahli psikoterapi, Meg Richy Consultancy, Meg Richy berkata, majoriti individu yang mendapatkan khidmat rawatan terapi beliau datang daripada golongan berkenaan.

"Kebanyakan mangsa adalah mereka yang berpelajaran, berkedudukan dan berjawatan tinggi.

Mangsa yang datang mendapatkan khidmat terapi daripada saya semuanya dalam golongan ini.

"Mangsa bukan calang-calang orang, bermaksud ada ramai pekerja di bawah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-337 yang bertajuk 'Scammer Membarah, Salah Siapa Sebenarnya?' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali dan Pensyarah Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Norita Md Norwawi manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Mengulas lanjut, Meg berkata, masyarakat disarankan untuk mengambil sedikit masa sebelum menjawab pertanyaan daripada individu tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa ‘scammer’.

Ini kerana katanya, apabila ancaman berlaku, mangsa akan berasa takut lalu mengeluarkan hormon adrenalin yang akan membekukan sikap seterusnya menyebabkan minda logik dikuasai oleh emosi.

"Apabila penyalahgunaan psikologi berlaku, mereka (scammer) sudah boleh memberi arahan supaya anda patuh kepada setiap yang diberitahu, jadi apa yang perlu dibuat adalah putuskan panggilan telefon.

Minta masa untuk jawab (pertanyaan) mereka, mungkin lima minit atau pun tutup sahaja telefon kerana 'scammer' akan telefon semula.

Jadi dalam masa dua atau tiga minit apabila dapat berhenti sekejap, secara automatiknya minda logik kita akan mula berfungsi sebab kita tidak ikut arahan mereka secara berterusan.

"Dia akan telefon semula. Jadi dalam masa itu, kita boleh berikan telefon kepada ahli keluarga kita. Itu adalah perkara yang terbaik sebab keluarga tidak akan memberi ancaman kepada kita,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca