SHAH ALAM - Pihak bank digesa mempermudah prosedur dan birokrasi bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penipuan dalam talian. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya berdepan karenah birokrasi apabila menghubungi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pihak bank digesa mempermudah prosedur dan birokrasi bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya berdepan karenah birokrasi apabila menghubungi pihak bank. bagi mendapatkan butiran peribadi individu yang disyaki keldai akaun.

"Setelah kita menerima laporan daripada mangsa, kita dapat kesan keldai akaun itu, namun sindiket berkenaan telah memindahkan wang tersebut ke beberapa keldai akaun lain," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut mengalami masalah yang melibatkan prosedur perundangan.

"Akaun bank adalah sulit, bagi mendapatkan butiran kita perlu tulis secara rasmi dan menghubungi setiap bank itu untuk mengesan keldai akaun serta transaksi wang itu, perkara tersebut akan melambatkan proses siasatan," ujarnya.

Arjunaidi berkata, pihaknya berharap agar diwujudkan satu platform bagi memudahkan 'task force' menjalankan siasatan.

"Jika ada platform itu, ia memudahkan 'task force' menjalankan siasatan secara terus dengan pihak ," katanya.

Datuk Arjunaidi Mohamed - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau turut menyarankan menyarankan agar semua bank membantu pihak polis dalam menangani isu penipuan dalam talian.

"Kerjasama ini sangat perlu kerana pihak bank perlu mengambil tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan menangani masalah ini.

"Saya tahu Bank Negara menyedari masalah ini dan banyak usaha telah dibuat secara bersama, namun pihak bank persendirian juga perlu bersama mencari jalan penyelesaian," katanya.

Arjunaidi berkata, pihaknya mendapati dalam kes penipuan macau scam contohnya, wang dipindahkan secara dalam talian dari akaun mangsa ke akaun keldai.

"Jumlah transaksi itu besar sehingga ratusan ribu dalam masa singkat tanpa ada sistem amaran di pihak bank untuk dimaklumkan atau meminta pengesahan daripada mangsa," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca