AWANG tidak ingat Kementerian Luar Negeri (KLN) pernah keluarkan kenyataan yang begitu keras terhadap diplomatnya.
Mungkin Awang sudah lupa, tapi setahu Awang belum pernah lagi teguran begitu dibuat ke atas duta Malaysia di luar negara. Mereka juga telah dipanggil balik serta-merta.
Sudah tentulah hal seperti ini menimbulkan banyak spekulasi dan tanda tanya. Macam-macamlah komen orang dalam media, termasuk media sosial.
Ada yang kata mereka berdua 'dianiaya'. Kesilapannya bukan sahaja berpunca dari mereka tetapi dari Kuala Lumpur. Ada yang kata tindakan ini adalah tamparan pada semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), khususnya dalam KLN.
Jikalau ikut versi rasminya secara mudah mereka gagal jalankan tugas dengan baik dan profesional. Hal ini ada kaitan dengan lawatan Tuk Seri Perdana Menteri ke United Arab Emirates (UAE) baru-baru ini.
Khabarnya PM kita terpaksa menunggu lama di kaunter Imigresen macam pengunjung biasa. Tidak ada pula wakil tuan rumah menyambut beliau dan tak ada motorcade iringi beliau ke tempat penginapan.
Kenyataan KLN mengatakan tindakan itu diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral di antara Malaysia dan negara berkenaan di samping nak pastikan kecekapan perkhidmatan awam.
Awang setuju dengan hal itu. Tapi Awang nak cadangkan supaya dibuat bedah siasat mengapa hal itu berlaku. Hal ini memalukan PM kita dan negara. Benarkah mereka berdua sahaja yang bersalah?
Klik di sini untuk terus membaca