MAT Taici pagi tadi terkejut dengan laporan akhbar mengatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai... Klik di sini untuk terus membaca
MAT Taici pagi tadi terkejut dengan laporan akhbar mengatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner kepadanya.

Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York dia memberi Rohana AS$10 juta (RM42.3 juta) yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta (29.6 juta) di Montpelier Street, London.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

"Jika saya tidak membelikannya rumah, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia mengancam untuk mendedahkan saya. Pada masa itu, 2013, saya sangat takut akan perkara itu,” kata Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah.

Kecoh juga berita ini sampai ada yang mahukan satu siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan Leissner selaku saksi utama.

Kes itu dipercayai disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Dan Rohana juga telah berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada suruhanjaya itu.

Cuma apa yang menimbulkan persoalan dalam diri Mat Taici apakah status pemilikan AS$10 juta yang diberikan oleh Leissner?

Pertamanya, pemulangan wang yang dinyatakan oleh Rohana telah membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Leissner di mahkamah di Brooklyn adalah benar tanpa sebarang penafian.

Malah sewaktu pendedahan itu dibuat, Rohana tidak mengeluarkan kenyataan penafian sebaliknya berikrar untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Keduanya, jika SPRM menerima wang itu, adakah nama Rohana dibersihkan tanpa sebarang siasatan atau pendakwaan di mahkamah?

"Proses mendapatkan aset-aset berkenaan sedang giat dijalankan SPRM ketika ini,” kata sumber itu.

Pada pendapat Mat Taici, sewajarnya kes ini terus dibawa ke muka pengadilan memandangkan kes 1MDB merupakan kes berprofil tinggi yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Orang ramai sedang menanti apa yang akan berlaku di mahkamah nanti.

Pss: Kita tunggu apa yang akan berlaku.... Klik di sini untuk terus membaca