SHAH ALAM - Sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula definisi Akta Rahsia Rasmi 1972 agar Rang Undang-Undang (RUU) itu tidak lagi disalahgunakan bagi melindungi maklumat dan akses projek-projek kerajaan tidak adil yang melibatkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula definisi Akta Rahsia Rasmi 1972 agar Rang Undang-Undang (RUU) itu tidak lagi disalahgunakan bagi melindungi maklumat dan akses projek-projek kerajaan tidak adil yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan juga disarankan untuk merealisasikan segera penggubalan Akta Kebebasan Maklumat sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, hal ini kerana terlalu banyak perkara melibatkan kontrak-kontrak kerajaan seperti perjanjian konsesi tol lebuh raya, konsesi air dan projek-projek mega yang diselubungi rahsia kerana diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Ya, saya setuju Akta Rahsia Rasmi 1972 perlu dikaji semula penggunaannya dengan pada masa sama, kerajaan harus merealisasikan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat sebagaimana dibuat di negeri-negeri ditadbir kerajaan PH.

Nurul Izzah mengulas kebimbangan wujud usaha kerajaan untuk menyalahgunakan kepentingan Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi melindungi maklumat dan akses projek-projek yang melibatkan kepentingan orang ramai.

"Sebagai contoh, perjanjian konsesi tol lebuh raya dan pembinaan jalan raya adalah kontrak berkepentingan rakyat di mana rakyat berhak untuk mengetahui inti pati perjanjiannya.

"Sama juga dengan pelaksanaan projek kemudahan rakyat yang lain seperti sekolah dan hospital, projek sebegini sepatutnya dibuat sehabis baik. Tetapi kalau kita sekadar bagi projek dan kontrak tidak adil kepada kroni, selepas itu terma kontrak itu diselubungi rahsia setelah dilindungi Akta Rahsia Rasmi, takkan rakyat boleh terima begitu saja?

"Takkan hendak tunggu jadi profesor ekonomi, baru rakyat boleh menilai lebih baik. Rakyat bukan bodoh untuk sukar memahami keperluan Akta Rahsia Rasmi 1972 tidak boleh disalah guna bagi melindungi projek-projek, maklumat dan akses yang melibatkan kepentingan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan wujud usaha kerajaan untuk menyalahgunakan kepentingan Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi melindungi maklumat dan akses projek-projek yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Klik di sini untuk terus membaca