SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menetapkan harga bagi ujian RTK antigen di negara ini bagi mengurangkan beban pengguna.
Presiden FOMCA, Datuk Dr N Marimuthu, berkata, pengesahan ujian RTK antigen yang diperlukan golongan pekerja akan menjadi perkara yang lebih membebankan sekiranya dia melibatkan ujian berkala.
"Ketika ini juga jangkitan Covid-19 sudah semakin berkurangan dan hanya melibatkan pesakit tahap satu dan dua sahaja. Jadi kerajaan boleh tentukan harga ujian RTK antigen. Sedangkan di sesetengah negara, ujian ini adalah percuma.
"Jika ada individu yang perlu buat (ujian RTK antigen) setiap bulan, dengan kos RM70 juga sudah membebankan dengan gaji yang rendah.
"Jadi kami minta kerajaan bukan hanya kawal tapi laksanakan juga inisiatif yang dapat membantu golongan B40 contohnya dengan beri subsidi,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau mengakui sukar dalam mengawal harga yang ditetapkan oleh klinik-klinik swasta kerana kos operasi setiap klinik juga adalah berbeza.
"Kos operasi klinik swasta ditanggung sepenuhnya oleh mereka sendiri termasuk bil utiliti, sewa premis, dan sebagainya. Jadi agak susah (tetapkan harga).
"Melainkan kerajaan dapat beri subsidi,” jelasnya.
Klik di sini untuk terus membaca